Baru Dapat Anak Sulung, Anggota Tentera Meninggal Dunia Ketika Latihan – “Arwah Sempat ‘Upload’ Gambar Bercuti Sehari Sebelum Pergi…”

Kehidupan

Baru Dapat Anak Sulung, Anggota Tentera Meninggal Dunia Ketika Latihan – “Arwah Sempat ‘Upload’ Gambar Bercuti Sehari Sebelum Pergi…”

Baru menimbang cahaya mata sulung, seorang anggota tentera dijemput Ilahi selepas dipercayai mengalami dehidrasi ketika latihan di Kem Terendak Melaka pada hari Selasa.

Lebih menyayat hati, Allahyarham LBdr, Mohd Izuan Hafiz Mohd Supian, 26, sempat berkongsi foto bercuti bersama keluarga kecilnya di Cameron Highlands di TikTok, sehari sebelum kejadian.

Advertisement

Allahyarham adalah dari pasukan 361 Bti RAD (Para) dan ramai rakan-rakan menyifatkan arwah seorang yang baik dan sedih selepas mendengar berita pemergiannya.

anggota tentera meninggal ketika latihan

Difahamkan, arwah dan isterinya tidak sampai setahun mendirikan rumah tangga dan baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulung.

Allahyarham dilaporkan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Sungai Baru, Melaka pada Rabu.

anggota tentera meninggal

Sementara itu, ramai yang berduka dan meninggalkan komen di TikTok atas pemergian arwah. Rata-ratanya sedih membayangkan perasaan isteri arwah yang perlu membesarkan anak sulung mereka berseorangan.

Wanita itu juga sempat membalas komen seorang netizen menggunakan akaun arwah suaminya itu,

Mungkin suami saya nak buktikan saya la cinta terakhirnya. Suami saya adalah lelaki terbaik untuk kami (keluarga) semua.

komen netizen TikTok

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

food rider dapat duit Mr Beast meninggal overwork
1 month ago

Pernah Tular Terima Duit Dari ‘Mr Beast Malaysia’, Isteri Dedah Suami Sudah Meninggal Kerana Penat Bekerja - “Buat 2 Kerja Sara Keluarga”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...