Baru Berusia 5 Tahun, Tok Dalang Pyu Berjaya Warisi Wayang Kulit Ke Persada Antarabangsa

Kehidupan

Baru Berusia 5 Tahun, Tok Dalang Pyu Berjaya Warisi Wayang Kulit Ke Persada Antarabangsa

Wayang kulit antara seni persembahan yang cukup sinonim dengan rakyat Kelantan. Apabila kanak-kanak lain lebih gemarkan bermain gadget atau permainan lain, Pyu lebih gemar bermain dengan patung wayang kulit.

Seawal usia tiga tahun, Aqfierudzar Rizq dah mula berjinak-jinak dengan persembahan wayang kulit. Mungkin juga kerana dia sendiri sering mengikut ayahnya mengadakan persembahan bersama kumpulan wayang kulit Arjunasukma. Jadi tak hairan lah kalau kini Tok Dalang Pyu sudah mahir di pentas wayang kulit.

Advertisement

Lebih membanggakan, dia juga pernah membuat persembahan luar negara di Singapura dan China.

wayang kulit

“Jika dapat undangan persembahan di saat akhir dan tidak sempat membuat persediaan, Pyu akan bawa watak secara spontan mengikut kreativitinya sendiri”

Bukan senang nak dapat tengok kanak-kanak seusia Pyu yang berminat dengan seni tradisional kita. Oleh kerana minatnya yang mendalam, Pyu juga sanggup tidak makan ketika leka bermain dengan patung wayang kulit.

wayang kulit
Semasa persembahan pertamanya di luar negara, Pyu berjaya memukau penonton di Singapura menerusi persembahan berjudul ‘Samad ke Singapura’ di pertandingan Dikir Barat Piala Buluh Perindu pada November tahun lalu.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, bakat yang diwarisi Pyu ini juga hasil didikan ayahnya yang turut memartabatkan seni warisan ini melalui Akademi Arjunasukma yang ditubuhkan.

wayang kulit
Kecil-kecil cili padi. Itu lah ungkapan paling tepat untuk gambarkan Tok Dalang Pyu ni. Kami ucapkan selamat maju jaya untuk si cilik ini.

Sumber: Mstar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...