Satu demi satu kejayaan yang dikecapi oleh penyanyi Naim Daniel, selepas Selepas diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 pada 9 Februari lalu, kini Naim meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki rumah sendiri pada usia 22 tahun.
Segala perit dan jerih yang ditempuhi bergelar pendatang baru ke dalam industri nyanyian tanah air akhirnya telah membuahkan hasil.
Menerusi laman Instagram miliknya, Naim turut memuat naik sekeping foto dirinya dengan berlatarbelakangkan kediaman tersebut.
Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu selain kagum dengan kejayaannya itu yang memberikan inspirasi buat ramai anak muda di luar sana.
Tahniah kepada Naim yang berjaya memiliki rumah sendiri pada usia masih muda. Namun tiada apa yang mustahil selagi kita sanggup berusaha, bekerja keras untuk mencapai segala impian.