Umum mengetahui rumah tangga jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida didakwa sedikit bergolak sejak beberapa bulan lalu. Sebelum ini, kedua-duanya tidak lagi memuat naik foto bersama dan hanya menulis status mengungkapkan perasaan sedih di dalam hati.
Walaubagaimanapun, mereka akhirnya berdamai dan berita gembira itu dikongsi menerusi satu video memaparkan pasangan ini berpelukan, saling memohon maaf dengan linangan air mata.
Selepas tiga bulan bergaduh, Aliff membuat kejutan istimewa buat isteri tercinta dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah Porsche Macan GTS keluaran 2018. Perkara itu dikongsikan oleh Shahida dengan memuat naik fotonya bersama kereta tersebut.
Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai yang rata-rata tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga Aliff dan Shahida kekal sehingga ke syurga.
Selain itu, tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai hadiah pengorbanan seorang isteri.
Kami juga mendoakan agar Aliff dan Shahida kekal bahagia sehingga selamanya. Biasalah dalam perkahwinan pasti akan dilanda ujian tetapi apa yang berlaku sebelum ini membuatkan cinta dan kasih sayang antara mereka semakin utuh.
Mat Katang
October 30, 2019 at 4:40 pm
wow best marketing ever.
sng viral2 benda2 cmni kan.
biasalah org bertuhankan duit
korok
October 29, 2019 at 9:14 am
laki bini propa…x abis2 berdrama…simpan la hal umah tangga…memasing nak upload sedih la apa la…netizen berbalah dpt dosa…korg gelak naik followers
Anonymous
October 26, 2019 at 8:08 pm
betul. kalau laki saya jangan harap nak mengalah…
Aku
October 26, 2019 at 11:17 am
Laki bini kaki gebang je ni.. Gula glamor n poyo belagak baik..
jennnn
October 26, 2019 at 9:05 am
kan kita pun rasa mcm tu jg. yekla manusia ni bnyk keburukannya jadi cari lah kebaikkan yg mn benda baik yg blh kita bincangkan dan jadikan tauladan.suka komen awak