October 25th, 2019

Umum mengetahui rumah tangga jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida didakwa sedikit bergolak sejak beberapa bulan lalu.  Sebelum ini, kedua-duanya tidak lagi memuat naik foto bersama dan hanya menulis status mengungkapkan perasaan sedih di dalam hati.

aliff syukri isteri

Walaubagaimanapun, mereka akhirnya berdamai dan berita gembira itu dikongsi menerusi satu video memaparkan pasangan ini berpelukan, saling memohon maaf dengan linangan air mata.

Selepas tiga bulan bergaduh, Aliff membuat kejutan istimewa buat isteri tercinta dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah Porsche Macan GTS keluaran 2018. Perkara itu dikongsikan oleh Shahida dengan memuat naik fotonya bersama kereta tersebut.

isteri aliff syukri porsche

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai yang rata-rata tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga Aliff dan Shahida kekal sehingga ke syurga.

Selain itu, tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai hadiah pengorbanan seorang isteri.

isteri aliff syukri porsche isteri aliff syukri porsche isteri aliff syukri porsche isteri aliff syukri porsche Kami juga mendoakan agar Aliff dan Shahida kekal bahagia sehingga selamanya. Biasalah dalam perkahwinan pasti akan dilanda ujian tetapi apa yang berlaku sebelum ini membuatkan cinta dan kasih sayang antara mereka semakin utuh.


11 responses to “Baru Berbaik, Aliff Syukri Hadiahkan Isteri Kereta Mewah Porsche”

  1. Anonymous says:

    Laki bini sama propa gila glamer

Loading...