“Baru Beli Dah ‘Accident'” – Netizen Simpati Dengan ‘Owner’ Alza 2022, Plastik ‘Seat’ Pun Belum Buka

Automotif

“Baru Beli Dah ‘Accident'” – Netizen Simpati Dengan ‘Owner’ Alza 2022, Plastik ‘Seat’ Pun Belum Buka

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan tentang Perodua Alza 2022 yang baru dilancarkan dan mendapat perhatian ramai di media sosial.

Ramai akui mereka mengimpikan MPV baru itu kerana design yang lebih menarik dengan harga yang berpatutan.

Advertisement

Namun, tular pula beberapa keping gambar menunjukkan kereta Alza baru berwarna hitam terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain, Hyundai Tuscon dan Perodua Kancil.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, kemalangan itu berpunca daripada sebuah Proton Saga yang keluar simpang secara tiba-tiba sehingga terlanggar Hyundai.

 

Disebabkan perlanggaran itu, Hyundai terbabit terbabas dan merempuh Perodua Kancil serta Alza tersebut.

Gambar kemalangan itu yang tular mendapat perhatian ramai di mana rata-ratanya memberikan komen masing-masing.

Ramai yang berasa kagum dengan ciri keselamatan pada Alza baru itu selepas pemandu dan penumpang kenderaan terbabit selamat daripada mengalami kecederaan lebih parah.

Namun, ramai turut bersimpati dengan pemilik Alza itu memandangkan ia baru dimiliki tetapi sudah terlibat dalam kemalangan.

 

Malah, plastik yang membaluti tempat duduk juga masih belum dibuka lagi. Seorang netizen berkata,

Naya owner Alza baru itu yang terawal dapat dah accident pula.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita meninggal dunia masa buat live FB
2 years ago

(VIDEO) 3 Sekeluarga Kemalangan Disondol SUV, Detik 'Akhir' Sempat Dirakam Dalam Live FB Si Ibu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...