Melalui perkongsian ibu Anna Jobling, Ariz di Instagram Story, dia mengatakan dirinya menerima surat dari peguam aktres tersebut yang menyatakan Anna bersedia untuk memutuskan hubungan pada bila-bila masa.
Anna sedia putuskan hubungan dengan ibu
Sebelum memaklumkan itu, Ariz berkata dia baru saja membaca doa daripada Anna yang memohon agar dia dilindungi oleh Allah SWT tetapi Ariz sama sekali tidak menyangka Anna menyatakan mahu memutuskan hubungan ibu dan anak dalam surat dari peguam itu.
Jelas menyebut adik pada bila-bila masa sudah bersedia untuk memutuskan secara kekal hubungan antara adik dan mama sekiranya mama tak berubah. Sangat mengelirukan.
“Mama adalah ibu you, akan terus tegur akidah you sebagai seorang Islam..”
Dalam hantaran yang seterusnya, Ariz membuat kenyataan terbuka untuk Anna dengan menyatakan dia bukan seperti orang sekeliling pelakon terbabit yang hanya mahukan duit dan akan mengikuti segala kehendaknya.
Tetapi sebagai seorang ibu, Ariz akan sentiasa menegur jika Anna melakukan kesalahan serta menjaga akhlak sebagai seseorang yang beragama Islam.
Jangan sombong, jangan bongkak, semua orang boleh tinggalkan you sekelip mata satu hari nanti tapi bukan seorang ibu.