Baru 8 Hari Kahwin, ‘Influencer’ Dedah Punca Bercerai – “Kau Tahu Apa Kau Buat Dengan Perempuan Tu”

Trending

Baru 8 Hari Kahwin, ‘Influencer’ Dedah Punca Bercerai – “Kau Tahu Apa Kau Buat Dengan Perempuan Tu”

Pempengaruh media sosial, Elcah Hasha memaklumkan dirinya telah diceraikan oleh bekas suami selepas lapan hari mendirikan rumah tangga kedua.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Elceh mendakwa bekas suaminya telah melafazkan cerai melalui rakaman suara atau voice note di aplikasi WhatsApp.

Advertisement

Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa telah diajak untuk berpoligami selepas suaminya melakukan perkara yang tidak sepatutnya dengan wanita lain.

 Kau yang aniaya aku dalam perkahwinan yang baru dibina 8 hari. Kau tahu apa yang kau buat dengan perempuan tu.

Menerusi ruangan kapsyen, Elcah berkata dia dikhabarkan dengan berita ada bayi yang perlu dijaga dan ada wanita lain yang patut diberi perhatian oleh bekas suami.

Kau jadikan aku sebagai tempat persinggahan kau selama 8 hari. Itu kau cakap aku yang salah lagi?

Jelasnya lagi, dia menolak ajakan poligami bekas suaminya kerana mengetahui ianya cuma rancang untuk menutup aib sendiri bersama wanita terbabit.

Aku dah lama bersabar dan bertahan, aku juga ada maruah untuk dijaga.

Info tambahan, Elcah atau juga dikenali sebagai Adel Asha sebelum ini pernah bekahwin namun bercerai selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga.

Influencer itu kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 3 Mac namun bercerai pada 19 April lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ira kazar disindir saudara
2 years ago

"You Jangan Buat Hal La" - Kena Sindir Dengan Saudara Masa Beraya, Muka 'Tak Bersalah' Ira Kazar Raih Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...