“Baru 8 Bulan Cerai, Dah Kahwin Baru?” – Pempengaruh Dikecam Lupa Diri & Jasa Isteri Lama Lepas Popular

Kehidupan

“Baru 8 Bulan Cerai, Dah Kahwin Baru?” – Pempengaruh Dikecam Lupa Diri & Jasa Isteri Lama Lepas Popular

Pensohor media sosial, Emy Chachacha menafikan dakwaan kononnya dia lupa diri dan melupakan jasa bekas isteri pertamanya selepas berkahwin baharu hanya lapan bulan selepas bercerai.

Menurut Emy, hidup bersendirian selepas pernah berumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui.

Advertisement

Sebab saya dah pernah berkahwin [sebelum ini]. Jadi apabila saya hidup solo buat sementara itu, ianya mencabar. Hanya orang yang pernah berkahwin memahami betapa sakitnya.

Benda ini jodoh, jadi jangan tunggu lama-lama, kita teruskan sahaja.

Emy juga menegaskan bahawa isterinya yang baharu bukan memilihnya kerana statusnya sebagai influencer.

Dia bukan jenis yang memilih saya kerana popular. Saya selidik perangai dan tingkahlaku dia macam mana. Nampaklah dia seorang yang ikhlas.

Mengulas mengenai reaksi orang ramai, Emy mengakui ramai yang terkejut apabila dia tiba-tiba memuat naik video perkahwinannya di media sosial, termasuk menerima kecaman.

Saya dah berpisah dengan isteri pertama tu dalam lapan bulan, kemudian bila kongsi gambar kahwin semua terkejut dan tak percaya siap ada yang kata dekat saya macam-macam.

Paling menyedihkan, apabila ada netizen menuduhnya lupa diri dan mengabaikan pengorbanan bekas isteri yang pernah bersamanya ketika susah.

Mereka (netizen) kata saya macam lupa diri bila sudah terkenal dan lupa jasa sewaktu susah senang dengan bekas isteri sedangkan mereka tak tahu apa yang saya lalui pada waktu tu.

Akhir sekali, Emy menegaskan bahawa dia enggan membuka kisah silam demi menjaga aib semua pihak dan berharap orang ramai berhenti membuat andaian dan menyebarkan fitnah tentang isu rumah tangganya.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fazura luar biasa
52 mins ago

(VIDEO) "Yakin Dan Merdu Suaranya.." - Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul 'Luar Biasa', Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...