September 4th, 2019

Gandingan mantap pelakon berbakat besar, Zul Ariffin dan Remy Ishak mencetuskan fenomena apabila filem aksi Sangkar berjaya mencatat kutipan RM4.8 juta selepas lima hari tayangan.

filem sangkar

Jumlah berkenaan adalah hasil tayangan di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 29 Ogos lalu. Untuk makluman anda, pembikinan filem ini menelan belanja sebanyak RM 2.8 juta.

View this post on Instagram

BOOM!!💥💥 RM4.8 JUTA DALAM MASA 5 HARI TAYANGAN SAHAJA! Terima kasih kerana memberi sokongan sangat padu dengan memilih untuk menonton filem SANGKAR yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.. SANGKAR! Bukan Sekadar Pertarungan.. SANGKAR KINI DI PAWAGAM!  #SangkarMovie Sebuah filem arahan :⁣⁣⁣ @kabirbhatia_022⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣ Dibintangi oleh :⁣⁣⁣ @zul_ariffin⁣⁣⁣ @remyishak ⁣⁣⁣ @raydapdap ⁣⁣⁣ @mfmirafilzah⁣⁣⁣ @fadlanhazim⁣⁣⁣ @niezamzaidi⁣⁣⁣ @nikadammika⁣⁣⁣ @andytehkh⁣⁣⁣ @carliffridzwancarleel⁣⁣⁣ @mcsweeneymma⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣ Dengarkan OST #SangkarMovie – FIGHTER ⁣⁣⁣@amanracom di pelantar digital sekarang! ⁣⁣⁣ ⁣@astroshaw @infinitusfilmsmy @primeworksstudios.film @mm2malaysia

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Jalan ceritanya mempunyai daya tarikan tersendiri dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) dan turut mempunyai mesej tersirat lain dengan menerapkan juga elemen persahabatan, keluarga dan banyak lagi.

Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal Khabir Bhatia dan turut dibintangi oleh Mira Filzah, Ray, Nik Adam Mika, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh serta atlet tinju profesional seni pertahanan diri campuran (MMA), James ‘Sledgehammer’ Mcsweeney.

remy ishak zul ariffin filem sangkarJutaan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan filem Sangkar. Sama-sama kita menyokong industri filem tempatan.


15 responses to “Baru 5 Hari Ditayangkan, Filem Sangkar Raih Kutipan Hampir RM 5 Juta”

  1. cik wa says:

    betul ke 4.8 j.. marketing je ni..

Loading...