Gadis berasal dari Sabah iaitu Tracie Sinidol yang kini juga merupakan seorang pelakon akui melalui beberapa cabaran untuk membuang dialek Sabah serta bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
Biarpun tidak mempunyai ramai kenalan, Tracie memberitahu dia perbaiki bahasanya dengan mendekati rakan pelakon serta kru belakan tabir sewaktu penggambaran.
Saya teruskan belajar sebab saya baru menetap di Kuala Lumpur selama setahun, boleh dikatakan baru lima bulan saya perlahan-lahan belajar perbaiki bahasa Melayu.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon baru itu juga menolak dakwaan bahawa dirinya dapat memegang watak utama disebabkan wajah iras-iras dengan pelakon jelita, Mira Filzah.
Katanya drama yang dibintangi olehnya bukan sekadar melihat pada wajah, bahkan bakat yang dimiliki juga turut dititik beratkan.
Tambahannya lagi, dia akan lebih optimis untuk melangkah jauh dalam industri seni selepas menjayakan drama Luruhnya Bunga Cinta.