Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Baru 4 Hari Ditayangkan, Hantu Kak Limah Pecah Rekod Kutip Lebih RM 9 Juta

Filem terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah kali ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Hari pertama ditayangkan di pawagam ia sudah menjadi filem tempatan yang paling tinggi kutipannya.

Advertisement

Dikatakan sebagai antara karya yang lucu dan penuh dengan mesej bermakna,  Hantu Kak Limah sekali lagi mencetuskan fenomena dan telah memecah rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM 9 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan.

Malah jumlah pawagam yang menayangkan filem ini turut bertambah menjadi 137 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei. Penonton di Singapura boleh menonton di pawagam berhampiran mereka bermula 16 Ogos ini.

Terdahulu Hantu Kak Lima mencipta sejarah tersendiri apabila menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650,000 pada hari pembukaan tayangan ‘sneak preview’ pada 8 Ogos lalu,  ia sekali gus mengukir kejayaan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk  Seri Vida.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. KURR KURR

    August 14, 2018 at 2:26 pm

    best woi citer ni.
    mana yg kutuk kata cite melayu (yg ini) tak bleh pegi jauh, kau silap duh.
    citer tak berat, santai dn byk adengan mencuit hati. walaupon kesan khas die tak beberapa nak khas sgt (kene perbaiki lagi) .
    errr, kalo suka sangat sapot citer org putey tu, pindah jerla dok sana. kah!
    Kurr Kurr Kurrr

    • 1MPHAF

      August 14, 2018 at 7:14 pm

      Setuju.. Dah kira sama rata dengan filem2 P. Ramlee yang berbau komedi..

  2. Dopi

    August 14, 2018 at 2:26 pm

    Pada me, ropi memang lawak.dia Punya part memang x kering gusi..pada me, ropi ni kalau gilap lagi dia extraordinary

  3. damai

    August 14, 2018 at 11:13 am

    we need this type of cerita yg lawak kerana drama kita terlalu banyak cerita cinta cintan cintun. x sabar nak tunggu cerita animasi Willie dan Munafik 2.

  4. zul arifin

    August 14, 2018 at 11:03 am

    crita ni memang berkualiti tinggi. harap semua dapat mencontohi filem ni dalam pengeluaran filem. baru martabat filem negara dapat dipertingkatkan

  5. hkl

    August 14, 2018 at 10:55 am

    memang tal kering gusi cite ni, paling best watak nayan, memang masuk air.

    • vidalaknat

      August 14, 2018 at 1:04 pm

      Menunjukkan betapa ramai melayu bodoh yang layan cite sebodoh begini. NI semua angkara umno dan pas, hasil didikan mereka yang produce ramai melayu yg bodoh sehingga cite sebegini menjadi satu tarikan.

    • Anonymous

      August 15, 2018 at 10:58 am

      Ini bukan cerita bodoh. Ini satira rakyat. Sma macam kisah periwira mat gila etc. Kalau tengok cerita ni Di pawagam, otak jgn tinggal luar. Bawak masuk skli. Klu da bawak otak masuk dlm pawagam, jgn lupa utk gunakan.. klu level kepintaran tak sampai lagi untuk selevel dgn tahap kecerdikan filem ni, xyah post Komen ape lah. Ko layan Mr bean je la… Tapi kalau belum tengok lagi, pergi la tengok. Tapi sblum masuk pawagam, bc balik Komen Aku kt Atas Tu…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top