Written by Bella | August 14th, 2018

Filem terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah kali ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Hari pertama ditayangkan di pawagam ia sudah menjadi filem tempatan yang paling tinggi kutipannya.

Dikatakan sebagai antara karya yang lucu dan penuh dengan mesej bermakna,  Hantu Kak Limah sekali lagi mencetuskan fenomena dan telah memecah rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM 9 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan.

Malah jumlah pawagam yang menayangkan filem ini turut bertambah menjadi 137 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei. Penonton di Singapura boleh menonton di pawagam berhampiran mereka bermula 16 Ogos ini.

Terdahulu Hantu Kak Lima mencipta sejarah tersendiri apabila menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650,000 pada hari pembukaan tayangan ‘sneak preview’ pada 8 Ogos lalu,  ia sekali gus mengukir kejayaan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk  Seri Vida.

Sumber Berita : Utusan Online

14 responses to Baru 4 Hari Ditayangkan, Hantu Kak Limah Pecah Rekod Kutip Lebih RM 9 Juta

  1. hkl says:

    memang tal kering gusi cite ni, paling best watak nayan, memang masuk air.

    13

    0
    • vidalaknat says:

      Menunjukkan betapa ramai melayu bodoh yang layan cite sebodoh begini. NI semua angkara umno dan pas, hasil didikan mereka yang produce ramai melayu yg bodoh sehingga cite sebegini menjadi satu tarikan.

      0

      45
      • Anonymous says:

        Ini bukan cerita bodoh. Ini satira rakyat. Sma macam kisah periwira mat gila etc. Kalau tengok cerita ni Di pawagam, otak jgn tinggal luar. Bawak masuk skli. Klu da bawak otak masuk dlm pawagam, jgn lupa utk gunakan.. klu level kepintaran tak sampai lagi untuk selevel dgn tahap kecerdikan filem ni, xyah post Komen ape lah. Ko layan Mr bean je la… Tapi kalau belum tengok lagi, pergi la tengok. Tapi sblum masuk pawagam, bc balik Komen Aku kt Atas Tu…

        5

        1
  2. zul arifin says:

    crita ni memang berkualiti tinggi. harap semua dapat mencontohi filem ni dalam pengeluaran filem. baru martabat filem negara dapat dipertingkatkan

    3

    3
  3. damai says:

    we need this type of cerita yg lawak kerana drama kita terlalu banyak cerita cinta cintan cintun. x sabar nak tunggu cerita animasi Willie dan Munafik 2.

    10

    0
  4. Dopi says:

    Pada me, ropi memang lawak.dia Punya part memang x kering gusi..pada me, ropi ni kalau gilap lagi dia extraordinary

    8

    0
  5. KURR KURR says:

    best woi citer ni.
    mana yg kutuk kata cite melayu (yg ini) tak bleh pegi jauh, kau silap duh.
    citer tak berat, santai dn byk adengan mencuit hati. walaupon kesan khas die tak beberapa nak khas sgt (kene perbaiki lagi) .
    errr, kalo suka sangat sapot citer org putey tu, pindah jerla dok sana. kah!
    Kurr Kurr Kurrr

    6

    0
  6. no to racism says:

    best gile masuk panggung, yang datang dari pelbagai kaum.. yang penting gelak besar sepanjang cerita.. hilang stress..

    7

    0
  7. 1MPHAF says:

    Filem Melayu ini antara filem yang mutakhir dah kira sama rata dengan filem-filem Melayu zaman 1960-an termasuk P. Ramlee.

    0

    0
  8. Joyah pok pek says:

    Napa ramai kata cite ni best..ak g tgk x best pun..lawak merapu dan sayup je..x berkualiti langsung bosan..jalan flow cite entah apa2..nasib baik tiket free…kalau beli sendiri memang menyesal lah..bagi ak filem ni x best pun!!!

    Nak dgr lagu baik g karok sana menyanyi sendiri lagi bagus

    3

    6
  9. El says:

    Aku tengok trailer di YouTube, tak Ade sedap Mane pon cerita ni

    0

    4
  10. Penonton Filem says:

    Pendapat aku, sesebuah filem komedi perlu mempunyai komedi yang seiring dengan plot. Cerita ini plot sangat kucar kacir namun masih ramai yang cakap filem terbaik? Kenyataan itu dah membuktikan tahap penilaian masyarakat kita terhadap sesebuah filem yang tidak melihatnya secara menyeluruh. Lawak dalam filem ini ada yang sangat kelakar dan fresh, tapi mostly repeated jokes yang terlalu mencuba. Aku rasa Hantu Kak Limah yang pertama lebih baik dari yang terbaru ini. Namun, yang paling mengecewakan apabila scene filem ini ada beberapa bahagian yang menyerupai cerita Thailand, Pee Mak. Aku baca Mamat Khalid beri alasan sebab kita serumpun, maka terjadilah kebetulan yang lebih kurang sama. Alasan yang aku tak boleh terima. Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan. Rating movie – 2/5

    0

    0
    • Lynzj says:

      Hahah semalam aku bru tgk aku bg 6/10….rs sgt rugi pegi tgk cite melayu sbb sebelum ni xpnh tgk cite melayu kt wayang.::hantu kak limah yg 1st lg best dr yang ni…aku sgt sedih nape la kena masukkan lawak lucah2? Semalam aku pegi rmai bdk2 kecik tgk…part aku xsuka
      1.yeh dlm toilet bile bini dia bg towel tu
      2.part yeh ckp eh aku stim jgk tgk kak limah? Stim? Ya rabbi serious kenot brain..
      Ada part kelakar ade part yg mcm krik krik je….silap aku patut pegi tgk cite pulang

      1

      0

Leave a Comment

Optional