May 24th, 2016

Sudah dua tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan tudung, jenama Naelofar Hijab mengambil masa yang agak singkat untuk berada di tahap yang cukup membanggakan dengan jualan yang cukup laris dan sering mendapat permintaan ramai.

Jelas Neelofa, semua itu adalah hasil kerja keras lebih 400 stokis Naelofar Hijab didalam dan juga luar negara.

Bayangkan, baru tiga minit mereka membuka pesanan untuk koleksi baharu , Naelofar Hijab sudah berjaya mengutip RM1.3 juta. Kata orang ia terlajak laris.

Setiap kali kami membuka pesanan saja, satu hingga lima minit akan habis dijual kepada stokis. Kadang kala ia mencecah RM1.2 juta hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja.  Daripada situ kita boleh tengok kepercayaan orang dari segi kualiti dan harga yang kita tawar.

Menurut kakak Neelofa iaitu Noor Nabila yang juga merupakan kekasih Sharnaaz Ahmad, Naelofar Hijab akan mengembangkan lagi sayapnya dan menembusi pasaran Eropah tidak lama lagi. Mereka akan mula menjual Naelofar Hijab di United Kingdom dan Turki dahulu buat masa ini

Di London ada satu syarikat atas talian Haute Elan yang akan buka kedai di tengah kota raya itu. Naelofar Hijab satu-satunya produk tudung segera dari Malaysia yang akan dipasarkan.

Di Istanbul, portal atas talian Moda Nisa mahu membawa jenama kami di Turki dan Eropah. Mereka juga akan buka 500 kedai di seluruh dunia tahun depan dan Naelofar Hijab berada di dalamnya.

Sangat luar biasa sebab mereka terkejut dengan koleksi kami. Mereka tidak biasa dengan tudung segera. Jadi bila kami persembahkan, mereka anggap ia ajaib dan automatik. Produk kami ini baru bagi mereka dan satu inovasi dalam industri. Kita rasa Malaysia tertinggal tetapi tidak, kita maju dan moden berbanding mereka dari segi inovasi.

Seronok sebenarnya melihat beberapa artis kita yang berjaya dalam bidang perniagaan sehingga boleh memasarkan produk mereka ke luar negara. Mungkin Neelofa boleh jadi contoh kepada artis lain untuk berniaga dan menjamin masa depan mereka.

Sumber Berita : The Malay Mail Online


Comments are closed.

Loading...