Baru 3 jam Langsungkan Perkahwinan, Pengantin Lelaki Terus ‘Diceraikan’.

Trending

Baru 3 jam Langsungkan Perkahwinan, Pengantin Lelaki Terus ‘Diceraikan’.

Seorang suami diceraikan tiga jam selepas berkahwin dan kepalanya dicukur sebagai hukuman, selepas isterinya mendakwa lelaki itu tamak dan telah berkahwin dengan lelaki lain pada hari yang sama.

Advertisement

Rubana Parveen, 18, berkahwin dengan Muntaj Ansari, 26, pada pagi Rabu di kampung Chandwa, barat India.

Namun selepas selesai perkahwinan yang dilangsungkan mengikut adat muslim itu, pemandu beca roda tiga (auto) itu mula menuntut mahar yang besar dan berkeras mahu membeli sebuah motosikal mahal.

Bapa pengantin perempuan, Bashir-ud-din Ansari, 58, yang memiliki sebuah hotel bagaimanapun telah membelikannya sebuah motosikal, tetapi Muntaz tidak berpuas hati dan meminta dibelikan motosikal jenama yang lebih bagus.

“Orang ramai meminta pengantin lelaki bertenang dan memujuknya menerima motosikal yang diberikan itu. Tetapi dia terus mengugut mahu keluar rumah tanpa isterinya.

“Pengantin lelaki dan bapa Rubana bertengkar dan keadaan menjadi tidak terkawal dan memalukan,” kata saksi.

Pengantin perempuan, Rubana kemudian mengambil keputusan untuk menghubungi Tok Kadi, dan dengan sokongan kesemua ahli keluarganya, Rubana membatalkan perkahwinan itu dan sekaligus ‘menceraikan’ suaminya.

Bashir-ud-din berkata, beliau akan memastikan keluarga Muntaz mengembalikan kesemua hadiah dan mas kahwin yang telah dibayar.

Malu dengan kejadian itu, keluarga Muntaz menulis surat dan memohon maaf serta berjanji akan memulangkan kesemua barangan yang dipinta.

Penduduk kampung yang berang dengan perangai Muntaz kemudian menghukumnya dengan menggantungkan kasut dan kertas tertulis, “Saya tamakkan mas kahwin”. Malah, rambutnya turut dicukur, termasuk abangnya yang turut dikenakan hukuman sama.

Tidak beberapa lama kemudian, Bashir-ud-din, bapa kepada empat orang anak itu, mengatur perkahwinan untuk anak perempuannya dengan lelaki lain.

Beliau menghubungi keluarga Mohammed Elias, 25, dan merancangan perkahwinan mereka pada petang pada hari yang sama. Pada sebelah malam, perkahwinan mereka berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancang dalam masa yang singkat itu.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Saya gembira anak perempuan saya tidak perlu menghabiskan masa bersama lelaki tamak itu.

“Dia bersyukur yang dia akhirnya telah berkahwin dan saya merestui hubungan mereka berdua,” katanya.

Sumber : Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...