“Baru 2 Hari Isi Petrol, Dah Nak Habis. Cepatnya!”, Individu Ini Tunjuk Cara Nak Jimat Guna Petrol.. Wow!

Trending

“Baru 2 Hari Isi Petrol, Dah Nak Habis. Cepatnya!”, Individu Ini Tunjuk Cara Nak Jimat Guna Petrol.. Wow!

Bukan semua kita tahu cara penjagaan kereta, lebih-lebih lagi pengguna wanita. Hanya sebilangan je yang tahu.

Advertisement

Dari segi aspek enjin dan minyak petrol yang diisi juga perlu dititikberatkan. Kalau boleh setiap pengguna kenderaan ingin nak jimat minyak. Lagi pun minyak bukannya murah kan?

Namun, tahukah anda, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan, untuk memastikan anda dapat berjimat dalam penggunaan petrol, dan ianya sangat berbaloi buat anda yang dalam proses berjimat cermat. Jom kita tengok apa yang boleh kita lakukan, perkongsian dari saudara Suhaili Ahmad ini.

Tak lah pandai sangat… Cuma sedikit pengetahuan & pengalaman utk dikongsi ttg tips jimat penggunaan petrol.

1. Pastikan minyak enjin ok agar piston bergerak lancar. Ambil sedikit sample minyak enjin kereta anda. Klu hitam sangat atau seakan berpasir maksudnya x ok.

2. Sebaiknya guna minyak enjin fully syntetic sbb pergerakan piston lebih lancar. Semi syntetic pun ok cuma perlu ditukar lebih kerap. +- lebih kurang saja kosnya.

3. Check air filter. Pastikan bersih. Penting utk pengudaraan sewaktu pembakaran dlm enjin.

4. Isi petrol sebaiknya penuh. Semakin petrol sedikit, semakin cepat proses sejatan dlm tangki petrol terutama ketika petrol berkocak sewaktu kereta bergerak.

5. Jangan tekan mengejut padle minyak. Sebaiknya tekan ikut keupayaan pick up kereta anda. Maksudnya, tekan padle minyak perlahan-lahan sehingga mencapai kelajuan yg diperlukan.

6. Semakin sejuk suhu aircond, kereta semakin berat & force utk guna lebih banyak petrol. So klu panas, guna kipas aircond hingga maximum tapi suhu aircond ikut keperluan.

Moga-moga dengan adanya tip ini, dapat memberi penyelesaian kepada anda dalam memastikan kenderaan anda tidak lagi menggunakan petrol dengan banyak.

Semoga perjalanan anda selepas ini, lebih lancar dan menjimatkan. Pandu dengan selamat, dengan hati yang tenang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...