Baru sahaja dunia diberitahu berita gembira tentang kemenangan Palestin yang mana Israel bersetuju untuk melakukan genjatan senjata, terbaru, tentera rejim zionis Israel dikatakan mula menyerang masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa kembali selepas genap 12 jam genjatan senjata dilakukan.
Sebuah video yang dikongsikan sebentar tadi oleh seorang pengguna laman Twitter, Ikhwan (@JatIkhwan) telah memuat naik beberapa video yang menyatakan tentera zionis telah merempuh masuk ke Masjid Al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan pemuda Palestin di situ.
Melalui hantaran yang dikongsinya juga, tentera zionis dikatakan tidak henti melepaskan bom pemedih mata ke arah ribuan pengunjung dan menyebabkan ramai rakyat Palestin di situ mengalami sesak nafas termasuk para wanita dan kanak-kanak.
Lebih memedihkan, tentera zionis tersebut telah melepaskan tembakan peluru getah ke arah pengunjung Masjid Al-Aqsa.
Kelihatan juga tentera zionis yang berada di atas bumbung Masjid Al-Qibli dan mengacukan senapang ke arah orang ramai. Tembakkan juga dilakukan oleh mereka ke arah penduduk Palestin.
Pertempuran juga berlaku di Bethlehem ketika ini, gas pemedih mata dilepaskan oleh Zionis Laknatullah.
Akibat daripada serangan itu, penduduk Palestin sedang berusaha menyelamatkan diri dan dikatakan sebuah keluarga telah ditembak di Umm Al Fahm.
Semoga penduduk Palestin di sana dalam keadaan baik dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.