Barisan Nasional Sah Menang PRN Melaka

Berita

Barisan Nasional Sah Menang PRN Melaka

Sejak beberapa minggu ini, kita terus diperdengarkan dengan pelbagai informasi dan kemas kini maklumat mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka.

Dira Abu Zahar
3 years ago

Dira Abu Zahar Ikut Jejak Langkah Bapa Bertanding PRN Melaka

Advertisement

Setelah lama menanti, akhirnya Barisan Nasional (BN) disahkan menang selepas berjaya membentuk Kerajaan Negeri seperti yang dilaporkan Utusan.

Dengan itu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dijangka bakal mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri Melaka ke-13 pada Ahad, esok.

prn melaka

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Melaka, di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Menurut keputusan rasmi, BN telah menang besar dengan mendahului 21 kerusi, Pakatan Harapan (PH), 5 kerusi dan Perikatan Nasional (PN), 2 kerusi. BN telah memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Tahniah diucapkan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...