Pelakon Fatin Afeefa kembali mencuri perhatian apabila dia menyanyikan lagu dalam pelbagai aksi yang mencuit hati.
Jika sudah memiliki suara yang merdu, nyanyilah dalam pelbagai cara pun pasti akan tetap meruntun jiwa.
Terbaru, Fatin ada memuat naik video di Instagram yang memaparkan dia menyanyikan lagu Wajah Kekasih oleh Siti Nurhaliza dan juga Saat Hilang Cintamu nyanyian allahyarhamah Siti Sarah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji suara Fatin yang merdu meskipun menyanyi dalam keadaan baring.
“Baring dan meniarap pun suara sedap, belum berdiri lagi..” puji seorang netizen.
“Kalau sudah berbakat, buatlah apa pun tetap akan menjadi..” sahut peminat yang lain pula.
Selain itu, ramai juga yang mahu pelakon filem Tentang Bulan itu untuk merakam lagu kerana merasakan bakat sebegitu adalah satu kerugian jika disia-siakan begitu sahaja.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.