Barangan kosmetik tiruan, minyak wangi dan produk penjagaan kulit yang dibuat di China didapati mengandungi merkuri, plumbum, arsenik, cyanide, air kencing manusia dan najis tikus. Menurut Mashable, kosmetik tiruan China patut diberi perhatian kerana telah menimbulkan kesan sampingan dan alergi kulit seperti ruam dan kulit terbakar. Dalam kes tertentu, kerosakan jangka panjang yang terlibat ialah kecacatan kekal kulit, tekanan darah tinggi dan kemandulan.
Replika produk berjenama popular kini dijual dalam talian kepada pembeli antarabangsa. Kerajaan negara seluruh dunia telah memberikan amaran tentang produk kecantikan yang dikeluarkan di China yang menggunakan bungkusan jenama popular seperti MAC, Benefit dan Urban Decay.
Satu amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat mendedahkan yang produk kecantikan palsu dari China didapati positif mengandungi beberapa jenis toksin. Mei tahun lepas, Polis London mengeluarkan satu pemberitahuan kebangsaan mengenai kemasukan 4,700 versi palsu untuk produk MAC. Bekas yang ditemui oleh polis London termasuklah produk kosmetik seperti pengilat bibir, bedak asas, pensel kening, pembayang mata dan bronzer.
Gambar: stylevanity.com
Barangan solekan palsu ini dikeluarkan di makmal di China dan dijual melalui eBay dan Amazon kepada pelanggan dari seluruh dunia. Alat solek palsu ini dijual dengan harga jauh lebih murah di China. Tinjauan penulis mendapati satu kotak Kylie Jenner Lip Kit palsu hanya bernilai serendah RM 3.54 sekotak jika dibeli secara terus.
Malahan ada kecacatan yang hilarious pada penjualan kosmetik Kylie yang palsu ini apabila pihak yang meniru tersalah membaca satu warna yang dijual oleh Kylie, iaitu Mary Jo K kepada Maty Jok pada bungkusannya.
Sumber: Mashable – amazingnara.com