Selepas barang rumah dan empat kenderaan mewahnya disita semalam, usahawan Dato Seri Vida tampil memberi respon menerusi hantaran di Instagram.
Katanya, dia akan mengambil serius dan akan memberikan perhatian penuh terhadap isu ini dan telah pun melantik peguam.
Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang.
Usahawan berusia 53 tahun itu juga turut meminta agar semua memberikannya ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional.
View this post on Instagram
Sementara itu, anak gadisnya, Cik B pula meminta agar netizen semua bersabar dan berkata semuanya akan baik-baik sahaja.
Guys sabar la pasal (aset) yang kena sita tu. InshaAllah semua akan okay.
Terdahulu, pihak plaintif iaitu syarikat pembinaan Ah Design Communications dan peguam telah hadir ke banglo mewah Vida di Ipoh, Perak untuk menyita barangan miliknya selepas permohonan mereka dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Usahawan berusia 53 tahun itu dikatakan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan itu sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.