Setiap individu mempunyai cara masing-masing untuk membahagiakan orang lain. Walaupun kebaikan itu hanya kecil dan tidak seberapa, sudah pasti akan diingat sampai bila-bila. Begitu juga keikhlasan dan kesungguhan dalam bekerja terutamanya sebagai penghantar barang.
Macam-macam kerenah yang bakal dihadapi, namun individiu yang bekerja sebagai penghantar barang sudah pasti memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka.
Macam yang berlaku kepada seorang pemuda ini dimana dia memberikan hadiah kepada seorang penghantar barang yang sering menghantar parcel kerumahnya.
Momen tersebut dikongsi menerusi laman TikTok dengan nama akaun @amirhasan_. Video itu memperlihat dia memberi bungkusan makanan kepada lelaki penghantar barang tersebut.
Pada awalnya lelaki tersebut memberi reaksi seperti biasa tapi dia menjadi terkejut apabila barang yang sepatutnya dihantar itu ialah hadiah daripada pemuda itu. Jarang dibuat orang eh macam ni.
“Ini memang untuk abang. Abang selalu hantar barang kat saya semua sampai cun-cun, so barang ni saya order sebenarnya untuk abang”
Lelaki berkenaan tidak menyangka barang yang dihantarnya itu sebenarnya hadiah untuk dirinya sendiri daripada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan syarikatnya.
Ucapan terima kasih tidak dilupakan daripada lelaki berkenaan sebelum berlalu daripada tempat.
Apa perasaan korang kalau ada dalam situasi macam ni ?