Barang Mekap Mahal, Che Ta ‘Up’ Elaun Mekap Aaisyah Daripada RM100 Kepada RM250 ‘On The Spot’

Hiburan

Barang Mekap Mahal, Che Ta ‘Up’ Elaun Mekap Aaisyah Daripada RM100 Kepada RM250 ‘On The Spot’

Cara pelakon Rozita Che Wan melayani anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dengan memperuntukan elaun terhadapnya telah meraih perhatian warganet.

 

Advertisement

Elaun mekap setiap minggu

Aktres berusia 51 tahun itu mendedahkan dia memberi elaun mekap kepada Aaisyah sebanyak RM250, bukan sebulan tetapi untuk setiap minggu.

Kata Che Ta, sebelum ini dia meletakkan bajet sebanyak RM100 seminggu namun mengakui ia tidak mencukupi kerana ekonomi negara yang tidak menentu.

Kasihannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dan RM55. Okay mommy naikkan RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah.

 

Barang mahal, naikkan limit

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Che Ta dilihat menemani anaknya untuk membeli barangan mekap di sebuah kedai terkenal, Sephora.

Dia difahamkan meletakkan limit RM100 sahaja kepada Aaisyah untuk membeli apa-apa sahaja barang mekap yang dimahukan.

Selepas menyedari kebanyakan barangan mekap di situ mahal, Che Ta mencadangkan kepada Aaisyah agar limit tersebut dinaikkan kepada RM250.

@rozitachewan1 Harap2 video ni tk kena removed oleh tik tok lah ye😬😬😬😬 . Stress kiter! . Hampa masuk kak pora 55 henggit baqu dpt celak besaq en en ja .. . Ni serum cekang jelita kami ni, dh la guna bahan2 premium, serum pertama kt malaysia yg mengguna SEA FENNEL STEAM CELL yg mana bg cekang serta merta & serum ni adalah serum yg menyahkan JERAGAT .. Nk muka lawa menjelang raya , tekan bag kuning laju2‼️ . #cekangjelita #serumviral #byrcw #cekangsampairaya #rcw #rozitachewan #cheta #aaisyahdhiarana #fyp ♬ original sound – ROZITA CHE WAN

Video tersebut mendapat pelbagai respon berbeza daripada warganet di aplikasi itu di mana ada cemburu dengan Aaisyah kerana ibunya mampu memberikan elaun sebegitu terhadapnya.

Dalam pada itu, ada yang mencadangkan agar Che Ta membawa Aaisyah ke drugstore memandangkan harga di sana jauh lebih murah berbanding Sephora.

komen

anak che ta
12 months ago

"Aaisyah Dapat Apa Dia Nak, Lifestyle Setiap Orang Tak Sama!" - Anak Didakwa Tak 'Enjoy' Zaman 'Childhood', Che Ta Bidas Balik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...