Barang Kemas Bertukar Jadi Daun Kering dan Pasir, Kak Mah Dipukau Dan Berputih Mata

Trending

Barang Kemas Bertukar Jadi Daun Kering dan Pasir, Kak Mah Dipukau Dan Berputih Mata

imageSeorang wanita berputih mata apabila barang kemasnya yang bernilai hampir RM16,000 bertukar menjadi daun kering dan pasir.
Memetik laporan Sinar Harian , Kak Mah, 60-an, dipercayai dipukau oleh dua orang lelaki yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Menurut Kak Mah, salah seorang dari lelaki terbabit memperkenalkan dirinya sebagai Ustaz Ibrahim dan berdialek dalam bahasa kelantan manakala seorang lagi bertutur dalam bahasa melayu biasa.

Advertisement

Semasa kejadian Kak Mah baru lepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

“Ketika itu Kak Mah sedang menunggu kereta sapu untuk pulang ke rumah dan menumpang teduh di salah sebuah wakaf berhampiran Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

Tiba-tiba Kak Mah didatangi oleh dua lelaki dan mereka berdua bercakap tentang kelebihan sebutir batu sebesar jari kelinking seakan-akan warna emas yang tertera nama Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Menurutnya juga, lelaki itu juga rancak menceritakan keistimewaan batu itu yang boleh diguna sebagai pelaris dan merawat pelbagai penyakit.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...