“Baran Sangat” – Lelaki Mengamuk Tumbuk Pakcik Tua Bertubi-Tubi Lepas ‘Accident’ Buat Netizen Naik Angin

Trending

“Baran Sangat” – Lelaki Mengamuk Tumbuk Pakcik Tua Bertubi-Tubi Lepas ‘Accident’ Buat Netizen Naik Angin

Tular di Facebook hari ini sebuah video memaparkan kejadian di mana seorang lelaki tua dibelasah oleh pengguna jalan raya.

Kejadian dikatakan tersebut berlaku di Padang Jawa, Shah Alam di mana seorang lelaki muda memakai helmet bertindak menumbuk muka lelaki tua berkenaan berkali-kali.

Advertisement

Lelaki itu yang dipukul berubi-tubi oleh pemuda berkenaan tidak sempat berbuat apa-apa dan terbaring di atas jalan raya.

Menurut pemilik video, pergaduhan itu berpunca daripada kemalangan jalan raya yang berlaku melibatkan kedua-dua mereka.

Beberapa penunggang motosikal dilihat berhenti dan bertanya sebelum menahan pemuda itu daripada terus membelasah lelaki tua terbabit.

Advertisement

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh orang awam di tempat kejadian, Mohd Faizal Wahid namun ‘posting’ dimuat naik olehnya telah pun dipadam.

Rakaman tersebut menaikkan kemarahan ramai warganet selepas melihat tindakan kasar pemuda itu terhadap orang tua.

Ramai berpendapat bahawa pemuda itu seharusnya berbincang dan bukannya mengasari pihak lagi satu.

Menerusi sebuah video lain, orang awam dilihat memarahi pemuda tersebut kerana tidak menghormati lelaki tua berkenaan.

Kau tak boleh hormat ke orang tua? Dia salah pun kau tak boleh hormat ke, dia orang tua!”

Tiada berita lanjut dan perkembangan terkini tentang kejadian tersebut namun video itu telah dikongsi di aplikasi media sosial yang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

'abang kopiah' berlagak samseng
5 bulan lalu

'Abang Kopiah' Berlagak Samseng, Tahan Kereta Ajak Gaduh Sebab Gagal Potong Barisan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    May 23, 2022 at 10:23 am

    Kalau semua orang yg salah diambil tindakan cm2.. Jwabnyer.. Kne ambik bodyguard la 2 3 org stiap org… Malaysia nagara gangster… Harap islam.. Tapi bodoh

    • Anonymous

      May 23, 2022 at 10:25 am

      Bodoh tue.. Org nyer tue. Bkn agama islam sekian..

  2. Anonymous

    May 23, 2022 at 10:18 am

    Ko komen tue.. Ko tau ke hal sebenar?? Ko ckp cmni.. Astaghfirullah la… Klu bapak kau kena.. Ape ko nak komen cm2 jgk ke? Tanya je

  3. Anonymous

    May 23, 2022 at 9:39 am

    org tua, walaupun dh tua kena jg adab juga. mulut n perangai kena berhemah gak. kan dah jumpa buku n ruas. mmg lah x elok tibai org tua, tp bila dh jumpa yg baran mmg mendapatlah pakcik. yg xde kt situ n tak tau cerita jgn nk bising hokay?!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...