“Bapak Mahal, Terlalu Premium Untuk B40” – Peminat Teruja Konsert Faizal Tahir Tapi Kecewa Lepas Tengok Harga Tiket

Hiburan

“Bapak Mahal, Terlalu Premium Untuk B40” – Peminat Teruja Konsert Faizal Tahir Tapi Kecewa Lepas Tengok Harga Tiket

Tahun ini kita menyaksikan bukan sahaja artis antarabangsa tetapi juga ramai penyanyi tanah air mengadakan konsert mereka.

12 months ago

(VIDEO) "Ni Dah Macam Konsert Haqiem Rusli!" - Suasana Tak Cukup 'Rock', Noh Salleh Tegur Peminat

Advertisement

Tidak ketinggalan, Faizal Tahir baru sahaja mengumumkan dia akhirnya bakal mengadakan konsert bersempena dengan 17 tahun dirinya berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia.

Bagaimanapun, segelintir peminat yang sudah tentu gembira dengan khabar berita ini meluahkan rasa kecewa dek kerana harga tiket yang agak mahal bagi mereka.

Menerusi Twitter, beberapa individu berkata mereka mahu ke konsert itu namun tidak mampu kerana harga tiket yang dianggap premium.

Untuk pengetahuan, tiket konsert Faizal Tahir bermula dengan harga RM488 untuk zon Platinum, RM588 zon Diamond dan bagi VIP pula RM688.

komen FT

Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 2 September akan datang jam 8.30 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Sementara itu, tiket akan mula dijual pada 14 Jun ini namun sesetengah peminat memohon agar harga tiket diturunkan sedikit agar ia mampu dibeli.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...