Melalui pendedahan menantu Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia di Instagram baru-baru ini, dirinya masih belum dapat berjumpa dengan dua orang anaknya.
Dalam perkongsiaan itu, dia meminta agar bekas suami, Mohd Zaiza Zainal Abidin serta keluarga untuk tidak mengambil haknya sebagai ibu kepada anak-anak.
Bahkan meminta agar keluarga bekas suami untuk tidak masuk campur urusannya dan anak-anak.
Dalam pada masa yang sama, Sofia menyatakan bahawa bekas suami mendakwa dirinya telah membuka aib serta menjatuhkan imej keluarga Zaiza.
Bukankah dorang sendiri aibkan diri sendiri dengan kes macam-macam? Bergaduh di tempat awam?
Sebelum ini, Sofia mendakwa Zaiza tidak bertanggungjawab melakukan tugas sebagai seorang ayah dengan tidak menghantar anak-anak ke sekolah serta tidak mahu membayar nafkah idah setelah sah bercerai.