Siapa sahaja yang tidak mengenali pempengaruh media sosial dan juga anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona.
Sebelum ini, Leona sering mendapat perhatian orang ramai dek kerana pakaiannya yang mencolok mata.
Terkini, pempengaruh berusia 21 tahun itu sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dilihat bemandi-manda di sungai bersama rakan-rakannya.
Menerusi video yang tular di TikTok, Leona dilihat hanya memakai pakaian renang wanita atau bikini berwarna putih ketika bemandi-manda di sungai tersebut.
Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang menegur influencer berkenaan untuk menjaga pemakaiannya walaupun berada di luar negara.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati kepada Azhar dan memahami bahawa tanggungjawab sebagai seorang bapa untuk menjaga anak perempuan bukanlah suatu tugas yang mudah.
Info tambahan, Leona kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.