“Bapak Buat Apa Dekat Sini?” – Dulu Sakit Terlantar Isteri Jaga, Anak Tangkap Bapa Serumah Dengan Skandal

Kehidupan

“Bapak Buat Apa Dekat Sini?” – Dulu Sakit Terlantar Isteri Jaga, Anak Tangkap Bapa Serumah Dengan Skandal

Air susu dibalas tuba. Itulah luahan seorang anak perempuan yang terlalu kecewa, sedih dan marah dengan perbuatan bapa kandungnya sendiri.

Menerusi video yang tular di TikTok, Reni Wijaya telah berkongsi rakaman ketika dia menerjah sebuah rumah dan telah dihalau oleh satu pasangan.

Advertisement

Rupa-rupanya, menurut Reni itulah rumah tempat ayahnya bermadu asmara bersama skandal perempuannya itu. Pada mulanya, mereka disangka akan panik selepas ‘kantoi’ berhubungan sebaliknya Reni dimarahi, ditolak dengan kasar serta didesak untuk pergi dari situ.

Perkongsian itu mendapat lebih 25juta tontonan di TikTok dan Reni yang bersedih dengan apa yang berlaku turut menceritakan detik ketika ayahnya itu sakit pada tahun lalu.

Katanya, ketika perlu berulang-alik ke pusat perubatan kerana masalah Tuberculosis dan ketika terlantar tidak mampu menguruskan diri sendiri, skandal tersebut hilang entah ke mana. Anak-anak dan isteri yang ada di sisi bersusah payah menjaganya siang dan malam. Namun, selepas sembuh ayahnya itu kembali membuat ‘perangai’ dan tergamak mengguris hati ibunya.

Ramai netizen yang menonton rakaman tersebut turut sama berasa marah terhadap bapa Reni selain geram terhadap wanita simpanannya yang mengasari dan mengusir Reni.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuk Sahar
3 years ago

Tak Serik-Serik, Shuk Sahar Keluar Dengan Skandal Lama, Netizen Tolong 'Report' Dekat Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...