Bapa Zayn Rayyan Dibebaskan, Ismanira Menangis Ketika Diperintah Bela Diri – “Dia Diberi Tiga Pilihan..”

Berita

Bapa Zayn Rayyan Dibebaskan, Ismanira Menangis Ketika Diperintah Bela Diri – “Dia Diberi Tiga Pilihan..”

Mahkamah Sesyen di sini hari ini membuat keputusan penting dalam kes membabitkan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin, yang menggemparkan negara akhir tahun lalu.

Dalam keputusan yang dinanti-nantikan, mahkamah membebaskan Zaim Ikhwan Zahari, bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau, memetik Sinar Harian.

Advertisement

zayn rayyan

Namun, isteri beliau merangkap ibu kepada mangsa, Ismanira Abdul Manaf, diperintah untuk membela diri selepas mahkamah berpuas hati terdapat bukti mencukupi yang perlu dijawab.

“Mahkamah bebaskan Zaim Ikhwan sementara Ismanira diperintah membela diri,” kata Hakim Dr. Syahliza Warnoh ketika membacakan keputusan tersebut.

Suasana Sebak Dalam Mahkamah

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, suasana dalam mahkamah bertukar hening dengan tangisan dan pelukan antara ahli keluarga. Bapa kepada Zaim Ikhwan turut dilihat menangis sambil memeluk ahli keluarga lain dalam suasana penuh emosi.

ibu Zayn rayyan diperintah bela diri

Tiga Pilihan Diberi Kepada Ismanira

Mahkamah kemudiannya memberikan tiga pilihan kepada Ismanira untuk membela diri:

  1. Memberi keterangan bersumpah dari kandang tertuduh dan dibidas oleh pendakwaan.
  2. Memberi keterangan tanpa bersumpah tanpa boleh disoal balas.
  3. Berdiam diri dan tidak memberi sebarang keterangan.

Selepas berbincang dengan peguamnya, Ismanira memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah, membuka ruang kepada soal balas daripada pihak pendakwa.

Kematian Zayn Rayyan mencetuskan kemarahan dan kesedihan orang ramai apabila mayatnya ditemukan di tebing sungai berhampiran pangsapuri selepas dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023.

Dengan keputusan hari ini, fokus kini beralih kepada peringkat pembelaan oleh Ismanira. Peguamnya dijangka mengemukakan hujahan serta bukti bagi menyangkal pertuduhan pengabaian yang dikenakan terhadapnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zayn rayyan
2025-07-21 11:33:42

(TERKINI) Keputusan Bela Diri Atau Bebas Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditangguh, Ada Hujah Pembelaan Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...