Bapa Tunggal 3 Anak Maut, Dilanggar Kereta Ketika Bantu Mangsa Kemalangan Di ‘Highway’ Karak-KL

Kehidupan

Bapa Tunggal 3 Anak Maut, Dilanggar Kereta Ketika Bantu Mangsa Kemalangan Di ‘Highway’ Karak-KL

Niat ingin membantu namun ketika itulah ajal menjemputnya.

Seorang lelaki berusia 47 tahun yang berhenti di bahu jalan untuk membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Karak-KL menghala ke Kuala Lumpur maut selepas dilanggar kereta yang hilang kawalan.

Advertisement

Menurut kenyataan polis, sebuah kereta telah terbabas dan masuk ke dalam longkang sebelum beberapa kenderaan yang lalu jalan itu memberhentikan kenderaan untuk membantu mangsa.

kemalangan highway karak

Bagaimanapun, ketika kejadian itu salah sebuah kereta hilang kawalan dan telah merempuh dua orang individu yang sedang membantu mangsa kemalangan terbabit.

Akibat kemalangan itu, empat individu telah dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

Salah seorang daripada empat mangsa yang membantu mengawal lalu lintas, Tan Wing Foo meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham bin Mohd Kamar, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

mangsa kemalangan lebuh raya karak-kl

Difahamkan, mangsa berasal dari Sri Tanjung, Kuantan dan menurut adik lelakinya, Tan Wing Foo merupakan bapa tunggal dan membesarkan tiga orang anak perempuan berusia 7, 9 dan 11 tahun.

Dia sangat sayang anak-anaknya dan akan menghantar mereka ke sekolah setiap hari. Seluruh keluarga kami sangat terkesan dengan pemergiannya secara mengejut dan akan mengambil tanggungjawab menjaga ketiga-tiga anaknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelajar terbaik bidang perakaunan maut kemalangan
2 weeks ago

"Aset Negara Tu..." - Ramai Terkilan Pelajar Terbaik Bidang Perakaunan Maut Kemalangan Di Bukit Ampang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...