Gelar Anak ‘Escort Girl’ & ‘Mini Wife’, Cikgu Fadli Salleh ‘Sembur’ Bapa Rania – “Allah… Apa Benda Ni??”

Trending

Gelar Anak ‘Escort Girl’ & ‘Mini Wife’, Cikgu Fadli Salleh ‘Sembur’ Bapa Rania – “Allah… Apa Benda Ni??”

Seorang bapa mencuri perhatian ramai selepas tular konten yang dibuatnya sebelum ini membabitkan anak perempuannya dipercayai baru berusia 9 tahun.

Lelaki berkenaan menjadi bualan dan teruk dihentam selepas orang ramai membaca ayat-ayat atau perkataan yang digunakannya terhadap anaknya bernama Rania itu.

Advertisement

Panggil anak ‘escort girl’, ‘mini wife’

Dalam satu tangkap layar yang tular, lelaki berkenaan dilihat menerangkan tentang satu produk bibir yang dipakai Rania namun dia dikritik kerana berkata bibir anaknya itu mungil dan seksi.

Bukan itu sahaja, apa yang paling ‘disturbing‘ dan membuatkan ramai berasa marah apabila dia melabel Rania sebagai ‘mini wife’ dan ‘escort girl’ dalam beberapa hantaran video yang lain di TikTok.

bapa Rania

Perkara itu menjadi bualan ramai kerana apa yang dilakukan lelaki berkenaan menunjukkan ciri-ciri ‘grooming’ dan pedofilia apatah lagi Rania dipakaikan outfit seperti wanita dewasa.

Jangan normalisasi, menjurus kepada pedofilia

Perkara itu turut meraih perhatian seorang guru yang cukup terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara isu berkaitan kanak-kanak iaitu Cikgu Fadli Salleh.

Menerusi Facebook, Cikgu Fadli berkongsi tangkap layar hantaran lelaki berkenaan dan tegas mengatakan tindakan ‘grooming’ seperti itu tidak patut menjadi normalisasi.

bapa rania dikecam

Ujar Cikgu Fadli lagi, kata-kata seperti itu tidak elok diucap oleh seorang ayah kepada anak perempuan terutamanya yang masih di bawah umur.

Mungkin niat ayah dia sekadar content untuk lariskan jualan barang. Tapi pleaselah bang. Caption dan ayat-ayat tu menjurus kepada pedophile sangat. Istilah dan perkataan tu orang tak guna untuk anak kandung sendiri bang.

Ketika artikel ini ditulis, ramai yang menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang berlaku kepada Rania dan berharap agar dia ‘diselamatkan’ daripada bapanya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Farisya
2025-08-21 13:18:53

Bapa Rania Farisya Padam 'Content' Kontroversi, Mohon Maaf Kepada Netizen - "Terima Kasih Atas Teguran..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...