Bapa Terkedu Hutang Berjumlah RM61K, Anak Guna Kad Kredit Untuk Permainan Video ‘Online’

Dunia

Bapa Terkedu Hutang Berjumlah RM61K, Anak Guna Kad Kredit Untuk Permainan Video ‘Online’

Permainan video online merupakan perkara biasa buat remaja mahupun dikalangan orang dewasa, akan tetapi pada era ini jika ingin kelebihan dari sudut-sudut tertentu, ianya boleh dibeli dengan duit sebenar semudah pembelian atas talian ataupun e-wallet.

Walau bagaimanapun, oleh kerana ianya ‘mudah’, jadi mudah juga untuk remaja membuat transaksi tanpa pengetahuan ibu bapa seperti yang terjadi terhadap seorang bapa di Singapura yang amat terkejut melihat hutang kad kreditnya berjumlah 20,000 SGD (RM61,838).

Advertisement

Memetik dari artikel Lobak Merah, pihak bank menghubunginya untuk menyatakan ada 89 jumlah transaksi dibuat atas namanya dan lelaki bernama Lim itu mendapati transaksi itu semua dibuat oleh anak perempuan beliau untuk permainan videonya.

Genshin ImpactSumber : Google 

Bagaimanapun, Lim berjaya mengurangkan jumlah hutang tersebut kepada RM30K atas rasa ihsan dari pihak bank.

Difahamkan, beliau memberi kredit kad tersebut kepada anak perempuannya yang berumur 18 tahun itu atas tujuan transportasi akan tetapi anaknya menggunakan ia untuk ‘membeli-belah’ di akaun Genshin Impact peribadinya sejak bulan Ogos hingga Oktober.

Sekadar info, Genshin Impact merupakan sebuah permainan video berkonsepkan role-playing games (RPG) di mana para pemain boleh mengembara ke dunia fantasi dan ia menjadi pilihan ramai kerana kualiti seni grafik di dalam permainan ini dianggap bagus.

Kanak-kanak Rohingya kurang ajar
2 years ago

Budak Rohingya Dianggap 'Kurang Ajar', Gertak Pemandu Supaya Bagi Duit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lobak Merah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...