Bapa Tergamam Tengok Anak Pegang “Gula-Gula Rokok” Macam Perokok

Trending

Bapa Tergamam Tengok Anak Pegang “Gula-Gula Rokok” Macam Perokok

Semakin hari semakin banyak produk penjualan gula-gula yang dipasarkan kepada pelajar sekolah menyerupai rokok dan juga vape. 

Ini telah menyebabkan banyak ibu bapa khuatir dengan penjualan gula-gula menyerupai rokok kepada kanak-kanak di sekolah dan yang paling terkejut mereka mahir memegang makanan itu sama macam orang yang sudah pandai merokok.

Semalam,  seorang bapa telah berkongsikan cerita tentang anaknya membawa balik gula-gula yang menyerupai rokok.

Advertisement

Mohd Firdaus menguji anaknya dengan memberitahu gula-gula tersebut kelihatan seperti kapur. Tetapi jawapan yang diberikan anak beliau kepada Firdaus sangat mengejutkannya.

Gula-gula menyerupai rokok

“Macam chalk abah cakap?kawan-kawan Ariesya semua cakap macam rokok, kawan Ariesya cakap pegang macam ni. Allahu terkejut kejap. Mereka tahu tuan-tuan.

Terkejut tengok. Apa yang cuba mereka didik anak-anak ni sebenarnya??

Menurut Projek MM, Firdaus telah membuat aduan kepada pihak berkaitan.

Beliau juga mohon sangat agar semua pengeluar gula-gula berhati-hati walaupun ada diantara mereka menganggap ia sesuatu perkara yang remeh.

Walaupun ada yang kata ‘eleh gula-gula jer kot’. Tapi ini lah langkah pertama dalam mendidik mereka. Mula-mula gula-gula, lama-lama mereka akan terdetik cuba yang sebenar (rokok).

Untuk Ariesya abah memang dah haramkan gula-gula ini.

Sebelum ini juga, kita semua telah mengetahui bahawa gula-gula seakan rokok telah dikecam oleh ibu bapa dan Kementerian Kesihatan telah menyiasat, tetapi selagi ia tidak diharamkan, maka makin berleluasa penjualan makanan ringan seperti ini.

Menurut seorang pengguna Facebook, Lighter Candy ini menyerupai rokok dari segi bau yang seakan rokok import, vape dan juga shisha.

Diharapkan ibu bapa di luar sana terus memantau kegiatan anak-anak anda setiap hari agar mereka tahu bahawa rokok sangat merbahaya untuk kesihatan. Klik pautan ini untuk baca trending di sekolah kanak-kanak makan gula ala rokok dan vape.

 

Sumber: Facebook

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...