Seorang bapa yang berada dalam keadaan terdesak telah menahan polis peronda yang sedang bertugas untuk meminta bantuan.
Kisah meruntun hati itu dikongsikan di TikTok dan ketika kejadian difahamkan polis yang sedang menaiki MPV PDRM itu sedang membuat tugas rondaan cegah jenayah.
Mereka kemudian ditahan oleh seorang lelaki dan pada mulanya menyangka dia tersesat jalan atau mahu bertanyakan lokasi.
Selepas meletakkan motornya, lelaki itu terus mendapatkan kami sambil membuka jam tangan miliknya. Lelaki itu seperti berada dalam keadaan yang kurang sihat.
Ternyata lelaki tersebut sebenarnya dalam kesusahan dan memerlukan wang malah katanya dia mencari kerja dari pagi petang namun tidak berjaya.
Abang sorry ganggu. Boleh tak tolong beli jam saya. Saya betul-betul perlu duit. Ini jam oroginal G-Shock, saya beli RM500. Saya jual RM100 dekat abang. Tolong abang.
Polis tersebut turut perasan keadaan kaki kiri lelaki berkenaan yang bengkak dan selepas berbual, dia menawarkan RM100 untuk diberikan kepadanya.
Pada mulanya, dia berasa serba salah untuk terima duit tersebut dan berkata kepada anggota tersebut untuk mengambil jam tangannya.
Saya mungkin tak beli jam abang tapi saya bagi abang duit, boleh bang?
Lelaki itu yang berasal dari Puchong didengari tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada anggota polis berkenaan. Dia juga akui ada menawarkan jam tangan tersebut kepada kedai barangan terpakai namun mereka membeli dengan harga terlalu rendah.
@bigredmachine3196 Terus berjuang ketua keluarga, Semoga Allah sentiasa melindungimu.. #pdrm #mpvpdrm #fypシ ♬ original sound – FandyFiera
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.