Bapa Tak Percaya Rakan Sekolah Sanggup Bunuh Arwah Anak

Trending

Bapa Tak Percaya Rakan Sekolah Sanggup Bunuh Arwah Anak

Sehingga kini, kes kematian yang penuh pilu membabit seorang gadis yang dikenali sebagai Siti Nur Surya bagai tidak putus-putus mendapat perhatian ramai.

Gadis yang maut akibat dibunuh kejam oleh rakan sendiri di rumahnya semalam telah tular dan mengejutkan ramai pihak.

Advertisement

Lebih perit, pembunuhan itu juga didakwa berpunca daripada isu perselisihan faham dengan rakan seusianya.

Kredit- Harian Metro

Namun begitu, bapa kepada mangsa iaitu Ismail Muda memaklumkan, beliau kini seolah tidak dapat menyangka bahawa kenalan arwah anaknya itu sanggup bertindak dengan kejam ke atas mangsa.

Dedah Ismail lagi, berdasarkan kesan tapak kaki kecil, beliau sudah menjangkakan pada mulanya si pelaku terbabit adalah wanita namun tidak tahu identiti sebenar individu terbabit.

“Terdapat beberapa kesan tapak kaki berserta darah di atas lantai menuju pintu bilik, selain bedak yang ditabur pada pintu almari dipercayai bertujuan menghilangkan kesan cap jari. Arwah sudah lama tidak berkawan dengan (suspek) wanita terbabit, tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga membawa kepada pembunuhan,”

Katanya, selepas kejadian semalam, isterinya, Zaini Musa,yang terlantar sakit, ada bertanyakan di mana Siti Nur Surya selepas mendapati ketiadaan ‘peneman setia’ di sisi.

“Dia bertanya kakak mana, dan saya hanya menjawab kakak demam,”

Disoal adakah isterinya berikutan kejadian  ngeri tersebut, Ismail menegaskan agak sukar untuknya menyatakan situasi berkenaan.

“Saya rasa dia (isteri) tidak tahu dengan apa yang berlaku. Pada zahirnya juga tidak nampak dia bersedih dengan apa yang berlaku, tetapi batinnya kita tak tahu,”

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...