Pelakon dan model Alicia Amin menyokong tindakan bapanya yang mencadangkan agar kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk yang bukan Bumiputera namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah.
Malaysia perlukan lebih ramai doktor
Kata Alicia, bapanya, Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar yang merupakan pengamal perubatan mencadang hal tersebut atas tujuan mengatasi kekurangan doktor dan jururawat di pusat kesihatan kerajaan.
Bapa saya bukan seorang yang rasis. Beliau percaya dengan peluang sama rata.
Sesuatu benda itu memperjuangkan siapa-siapa (tanpa mengenal warna kulit atau kaum), itu yang beliau perjuangkan. Malaysia perlukan doktor yang mencukupi sekarang ini.
View this post on Instagram
Hanya menjalankan tugas
Tambah aktres ini, bapanya hanya ingin menjalankan tugas sebagai seorang doktor perubatan dan menolong menyelamatkan nyawa sesiapa pun tak mengira bangsa, kaum dan agama.
Alicia turut menjelaskan bapanya bukan berbuat demikian kerana memikirkan wang sebaliknya mendahulukan khidmatnya untuk negara.
Beliau buat apa yang seorang doktor lakukan iaitu menyelamatkan nyawa. Dalam erti kata lain, memastikan negara sentiasa memiliki doktor yang mencukupi.
Bapa saya berpindah dari sektor swasta ke sektor kerajaan, tidak fikir tentang wang hanya untuk berkhidmat pada kerajaan. Dulu kami hidup T20 tapi apabila saya meningkat remaja, saya tak lagi hidup semewah dahulu. Itu pengorbanan bapa saya sebagai seorang doktor.
— CodeBlue (@codebluenews) April 25, 2024
Sebelum ini tular di media sosial bapa Alicia telah mencadangkan agar UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera terutama bagi kemasukan pascasiswazah bidang perubatan demi mengekang masalah kekurangan doktor di negara ini.