Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Bapa Saudara Liuniey Dakwa Anak Saudaranya Tiada Hubungan Dengan Apek, Liuniey Minta Bukti Keluar Dengan Apek

Melalui dua artikel Detik Perubahan, bapa saudara Liuniey, 21 atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri, mendakwa anak saudaranya tiada hubungan dengan Apek, manakala Liuniey pula meminta pihak yang menuduh untuk mengeluarkan bukti yang dia ada keluar dengan Apek.

Bapa sadara Liuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi, yang juga pengarah urusan Khairul Fahmi Resources, menafikan kontroversi tersebut:-

Sebenarnya Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apek. Tuduhan itu merupakan salah faham dan Apek tidak ada kaitan dengan isu putus tunang di antara Leuniey dan pasangannya.

Advertisement

Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini.

Saya memang rapat dengan Apek. Saya kontraktor rumahnya dan dia beli rumah dengan saya. Hubungan kami sangat rapat.

Menurut Mohd Irwan, kontroversi itu bermula apabila dia membawa Apek ke rumah abang iparnya untuk mengambil anaknya:-

Pada Disember lalu saya hantar anak saya ke rumah abang ipar…dan sewaktu mengambil kembali anak saya bawa Apek sekali. Anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan Apek. Gambar itu pula di’posting’kan di dalam Facebook.

Ketika gambar itu diambil Eilunie tidak ada di rumah kerana ada tugasan ‘make –up’ pengantin. Saya hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah sewaktu ingin pulang,

Advertisement

Pelbagai cerita mula timbul semenjak gambar-gambar itu dimuat-naik ke Facebook, dakwa Mohd Irwan:-

Kontroversi itu semakin menjadi-jadi apabila abang ipar saya, iaitu ayah Eilunie, Nazri dipanggil ke rumah Apek untuk membincangkan urusan perniagaan. Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat Apek.

Kunjungan Nazri itu disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu pucuk pangkalnya.

Menurut beliau lagi, Apek dan Liuneiy tidak pernah bercakap antara satu sama lain:-

Bagi saya tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Apek selama ini dan nak jatuhkan Apek.

Advertisement

Kalau dilihat setiap kali Apek menghadapi perlawanan besar pasti ada kontroversi yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini jelas menunjukkan ada pihak cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Apek.

Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan.

Saya amat kesal dengan berita ini kerana keluarga abang ipar saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Apek. Mereka hanya berhubung disebabkan urusan kerja bukan sebaliknya.

Sementara itu, Liuneiy yang ditemui di butik pengantin milik ibunya pula berkata:-

Saya memang terkejut dengan fitnah dan tuduhan itu. Saya tak nak komen apa-apa sebab saya tiada kaitan. Kalau benar buktikan saya pernah keluar dengan Apek.

Sementara itu, ibunya, Norlaila Abu Bakar berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap anaknya itu:-

Saya amat terkejut dengan fitnah yang dilemparkan itu. Saya sudah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dan kini dalam proses perbincangan dengan pihak peguam.

Menurutnya keputusan itu diambil unuk memullihkan imej keluarga dan perniagaannya. Sementara  itu, Apek dikatakan tidak terganggu dengan kontroversi terbaru ini manakala Kosmo hari ini melalui kolumnis Diva menceritakan yang Apek telah beberapa kali keluar dengan pelakon Nora Danish.

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

54 Comments

  1. muiz

    February 7, 2012 at 11:02 am

    saya harap apek cepat2 kahwin

  2. lol

    February 7, 2012 at 4:21 am

    just saying…dlu ble org ckp ni konspirasi, aku mcm xpcaye sgt sbb rkyat mesia smue msti sokong mesia mng bola..n mau apek perform…
    tpi tmbul kes ni, mcm nk pcaye pn ade sbb bnde ni kluar a day b4 bahrain lwn mesia…hurmmm..ade org nk gugat prestasi apek kot.but why? ntah2 nk jd keeper ngare..haha..gurau je, xbek fitnah

  3. haha

    February 6, 2012 at 11:53 pm

    lawa budak nih dr si teck 2…

  4. nyah sundal

    February 6, 2012 at 7:55 pm

    dasar betina sundal!!

    apa pon diriku tetap berharga.

  5. ping

    February 6, 2012 at 6:45 pm

    tak abih abih kontroversi pasal apek , aku ni ,,tak de sapa nak buat gosip

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top