Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bapa Saudara Dakwa Puteri Balqis Didera, Dipergunakan Untuk Duit?

puteri balqis

Dugaan yang menimpa pelakon cilik, Puteri Balqis baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen dan ramai juga rakan-rakan artis yang simpati dengan nasibnya.  Bukan sahaja sakit, dia juga terpaksa menjual buku puisinya di jalanan demi menampung kehidupan.

puteri balqis

Advertisement

Ramai juga yang tampil membantu sehingga sumbangan yang diterima oleh Balqis  mencecah lebih RM100,000. Malah, kesemua buku puisi juga sudah habis dijual.

Namun, disebalik kisah viral kesempitan hidupnya, timbul pelbagai spekulasi dan cerita yang kurang enak didengar.

Terbaru, seorang pemuda menerusi akaun Twitter yang mengaku dirinya sebagai bapa saudara Balqis mendakwa kanak-kanak itu sebenarnya hidup menderita. Didera oleh ibu bapanya yang hanya mempergunakan dirinya untuk mengaut keuntungan. Semuanya kerana duit semata-mata.

Balqis didera, dipergunakan untuk duit

puteri balqis dera puteri balqis didera puteri balqis forex puteri balqis

Advertisement

Lelaki itu juga mendakwa bapanya sering memukul Balqis. Namun, selepas bercerai bapa Balqis dikatakan hidup merempat dan tinggal di bawah jambatan.

Sejauh mana kebenaran disebalik dakwaan Balqis ini tidaklah kami ketahui. Namun, tidak dinafikan kisahnya mengungkapkan seribu satu cerita yang menjadi persoalan netizen. Lebih membuatkan netizen tertanya-tanya, mengapa kini Balqis tiba-tiba menghilangkan diri dan menutup akaun Instagramnya. Apa-apa pun, kami harap akan akan penjelasan daripada pihak Balqis agar tidak timbul lagi sebarang spekulasi liar.

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Wa Hidah AB Rahman

    January 21, 2020 at 2:14 pm

    ???

  2. kang daniel

    January 21, 2020 at 12:24 pm

    nk kesian tapi bila tgk mak dia kata nk sambung balik kelas piano,mandarin,g british council,latest ni forex pula..memang dah tawar ati kat depa ni..x de la org susah perangai mcm ni

  3. anonymous

    January 21, 2020 at 12:03 pm

    cerita puteri balqis ini reminds me psal cerita gypsy rose (true story).. harap puteri sembuh seperti sihat sebelum ini..

  4. Insan19

    January 21, 2020 at 11:57 am

    Mmg kesian jd puteri balqis ni. Mgkin dia tersepit. Diluah mati mak ditelan mati bapak. Apa yg sy nmpk dia sangat menyayangi ibunya. Dari awal sy dah kesian kat dia. Kita doakan yg baik2 je. Harap kehidupan yg lebih baik.

  5. Anonymous

    January 21, 2020 at 11:12 am

    Dah mcm2 cerita pulak yg keluar. Hanya alah swt yg tahu kebenarannya. Kesian pulak adik balqish ni. Moga allah swt beri perlindungan buat mu puteri balqish

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama