Bapa Saudara Bolot Derma Anak Mangsa Kemalangan DUKE: Polis Sudah Mulakan Siasatan

Trending

Bapa Saudara Bolot Derma Anak Mangsa Kemalangan DUKE: Polis Sudah Mulakan Siasatan

Kelmarin, penjaga Nur Firuza Amira; 9, dan Nur Firuza Aqila; 5, Yusnida Hussain, 48, kakak  Fairuz Nizam Husain, 35, dan  isterinya Nova Safitri Azhari, 25, yang telah meninggal dunia dalam kemalangan di lebuhraya DUKE mendedahkan yang adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Hussain, 25, telah melakukan pecah amanah dengan tidak mennyerahkan wang derma orang ramai kepada anak-anak itu, sebaliknya digunakan untuk kepentingan sendiri.


 photo 24.jpg

Bagaimanapun, maklumat terbaru yang penulis terima ialah, bukan sahaja Faizznur dan isterinya Nur Amira Syuhaida yang terlibat, malah dua orang adik beradik mereka yang lain juga.

Advertisement


Seorang pengguna Facebook, Qhamcyahh Hidayat, telah mendedahkan perbualan Facebook Messenger dengan Yusnida pagi tadi mengenai perkembangan kes itu.

Menurut Yusnida, terdapat dua orang adik-beradik lelaki mereka yang lain juga turut terbabit menggunakan wang derma yang disalurkan orang ramai untuk Amira dan Aqila untuk kepentingan peribadi iaitu abangnya yang sulung dan adik lelaki ketiga.


 photo 23.jpg

Yusnida juga mendakwa telah menang enam kes di mahkamah terhadap adik-beradiknya itu termasuk membekukan akaun bank mereka.

Yusnida bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kos perkahwinan Faizznur datangnya dari wang derma tersebut tetapi jumlah yang dikeluarkan ‘tidak terkira’ dan hanya RM 60,000 berjaya diselamatkan dari akaun mereka untuk kegunaan anak-anak yatim piatu tersebut.

Apa yang lebih menarik perhatian, kes penyelewengan wang derma anak yatim ini juga sedang disiasat polis kerana terdapat laporan polis yang dibuat oleh orang ramai yang menyalurkan derma.

Kalau adik-beradik yang buat laporan, polis tak boleh bertindak.

Sementara itu, Netizen terus-menerus meninggalkan komen mengecam Faizznur dan isterinya. Dan nampaknya juga kedua-duanya masih berdiam diri.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Anonymous

    October 21, 2016 at 8:20 pm

    Kenapalah tamak sangat harta didunia.Dahlh makan harta anak yatim pulak tu.Ya allah sok lusa mesti xsempat nk diterima allah taubatnya.