Bapa Reynhard Sinaga Terima Keputusan Mahkamah, “Dia Dapat Apa Yang Layak Untuknya.”

Trending

Bapa Reynhard Sinaga Terima Keputusan Mahkamah, “Dia Dapat Apa Yang Layak Untuknya.”

Reynhard Sinaga, 36, yang telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan terma minimum 30 tahun kerana merogol 44 orang lelaki dan diketahui telah merakamkan aksi serangan seksual terhadap hampir 200 orang lelaki, memulakan pengajian peringkat doktor falsafah pada tahun 2012.

Advertisement

Dilahirkan pada tahun 1983 dalam satu keluarga berkepercayaan Katolik dan konservatif, Sinaga berasal dari suku Batak. Dia bersifat ‘lembut’ dan mempunyai ketinggian 170 cm. Bapanya ialah seorang ahli perbankan yang bertukar kepada hartawan dalam bidang hartanah di Depok, iaitu Saibun Sinaga.

Sebelumnya, Sinaga telah memperoleh ijazah sarjana muda seni bina pada tahun 2006 dari Universiti Indonesia di Depok. Dia kemudiannya datang ke UK untuk belajar peringkat ijazah sarjana dalam Perancangan Bandar pada tahun 2007 dan tamat pengajian pada tahun 2009.

Dia seterusnya memulakan pengajian Ijazah Sarjana dalam Sosiologi dan pada tahun 2011 menamatkan pengajiannya. Pada tahun 2012, dia memulakan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Leeds dalam bidang Geografi Manusia.

Pada tahun 2017 iaitu semasa dia ditangkap, dia masih belum menghabiskan pengajian PhD. Dia ditangkap setelah mangsanya yang terakhir terjaga sewaktu sedang dirogol oleh Sinaga.

Mangsanya kemudian membelasah Sinaga dengan teruk sehingga warga Indonesia itu terpaksa dirawat di hospital. Mangsa seterusnya membuat laporan polis.

Polis kemudiannya menemui lebih dari 3.2 terabait video rakaman aksi serangan seksual termasuk pemerkosaan Sinaga selama berjam-jam dalam telefon bimbitnya melibatkan 195 lelaki. Ini seterusnya membawa kepada pendakwaannya.

Ibu Sinaga, Normawaty, datang menghadiri pra-perbicaraan tetapi tidak pernah datang menghadiri perbicaraan sebenar yang berlangsung sebanyak empat kali.

Mengikut penyiasatan, Sinaga cukup kaya dan tidak pernah bekerja. Sebaliknya dia hanya menghabiskan masanya belajar, mempunyai satu ijazah sarjana muda dan dua ijazah sarjana tetapi tidak begitu serius untuk penghabiskan pengajian PhD.

Dia pernah menyerahkan jurnal kepada pensyarahnya pada tahun 2016 tetapi jurnalnya tidak berkualiti dan dianggap gagal teruk, disebabkan itu Leeds membenarkan dia memanjangkan tempoh pengajiannya di Britain.

Sinaga cukup kaya untuk meneruskan kehidupan di Manchester dengan menyewa flat dan dia juga sering dilihat bersantai di kedai-kedai kopi premium dengan pembiayaan ibu bapanya.

Dia juga didakwa tidak mahu balik ke Indonesia kerana ibu bapanya tidak tahu dia seorang homoseksual dan ingin menjodohkannya dengan seorang wanita di tanah airnya.

Bapanya enggan mengulas panjang mengenai Reynhard ketika dihubungi pemberita, sebaliknya hanya mengatakan:

Dia dapat apa yang layak untuknya. Kami terima keputusan mahkamah. Hukumannya padan dengan kesalahannya. Saya tak mahu membincangkan lebih lanjut mengenai kes ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...