Bapa Rela Bertugas Semula Sebagai Juruterbang ‘Junior’ Demi 2 Anak Perempuan

Trending

Bapa Rela Bertugas Semula Sebagai Juruterbang ‘Junior’ Demi 2 Anak Perempuan

Tidak boleh dibayangkan jika kita berkerja dengan ahli keluarga dalam satu syarikat. Bukan bahagian lain tetapi dalam satu jabatan. Ini kerana kita ingin mengikut jejak langkah ayah dan ibu sebagai idola sejak kita kecil lagi.

Dengan mengikut jejak langkah mereka, kita pasti sangat gembira, kerana dapat berkerja bersama-sama dengan insan tercinta sementara mereka masih berkhidmat jika diberikan kesempatan.

Advertisement

Safia Anisa telah berkongsi kisah beliau di Twitter hingga tular di media sosial kerana beliau pernah mengelolakan pesawat bersama bapa sendiri.

Bukan itu sahaja, bapanya juga mempunyai dua orang puteri yang bertugas sama seperti beliau iaitu sebagai seorang juruterbang.

Safia berkata:

Tinggalkan syarikat lama demi anak-anak

Bapa saya sanggup meninggalkan syarikat yang beliau kerja selama 40 tahun, berkhidmat di situ. Tambahnya, bapanya rela menjadi juruterbang junior pada usia 58, agar dapat terbang bersama 2 anak perempuannya.

Saya tidak mampu ungkapkan betapa bersyukurnya saya untuk ini. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat terbang bersama abah.

Safia turut menjelaskan, bahawa bapanya itu memulakan kerjaya sebagai seorang juruterbang sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila turut serta dalam kadet untuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Selepas 40 tahun berkhidmat di situ, bapanya mengambil keputusan untuk bertukar tempat kerja agar dapat berkerja bersama anak-anak sebelum bersara.

Bapa mereka adalah satu contoh terbaik

Perkongsian Safia telah mencuri tumpuan netizen di media sosial. Rata-rata netizen sangat gembira melihat sebuah keluarga mengikut jejak langkah bapa mereka dalam mengecapi cita-cita mereka.

Netizen turut tumpang gembira dan mendoakan agar segala urusan mereka sebagai juruterbang dipermudahkan.

Pasti ada diantara anda yang mengikut jejak langkah ayah atau ibu dalam sektor pekerjaan. Anda boleh kongsikan bersama kami di ruangan komen.

 

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...