Bapa kepada pempengaruh kanak-kanak, Rania Farisya yang terkenal di TikTok tampil memaklumkan mengenai kontroversi yang melibatkan mereka berdua beberapa hari ini.
Sebelum ini, bapa Rania, Faris dikritik dan didakwa berkelakuan seperti ‘grooming’ anak sendiri setelah viral video memaparkan dia menulis Rania sebagai ‘mini-wife’.
Faris yang juga bapa tunggal itu kemudian menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan dia hanya memerli netizen yang cuba mengaitkan Rania seperti isteri kecil selain menerangkan bahawa anaknya itu memang gemar bersolek seperti orang dewasa.
Terbaru, Faris mewakili anaknya memaklumkan dia bakal memadam semua ‘content’ kontroversi dan akan menetapkan ke mod privasi selepas ini.
Setelah berbincang bersama Rania, kami sepakat setelah menyiapkan semua komitmen kerja yang telah ditandatangani, segala kandungan yang telah dimuat naik akan dipadam/menetapkan ke mode privasi.
Dia dalam pada itu menyedari populariti Rania dan ‘following’ yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak mungkin membuatkan kandungan yang dihasilkan terlihat tidak sesuai buat mereka.
Dalam masa yang sama, kami juga memohon maaf di atas segala kekhilafan ini. Kami dengan lapang dada memaafkan serta menghalalkan kepada semua yang pernah menggunakan profil kami untuk kepentingan peribadi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.