Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bapa PU Abu Kritikal Tahap 5 COVID-19, Akhirnya Ditidurkan

PU Abu

Pendakwah bebas, PU Abu baru-baru ini ada memaklumkan bahawa bapanya telah dijangkiti wabak COVID-19 dan kini sedang berada dalam keadaan kritikal.

Ujar PU Abu atau nama sebenarnya Abu Sufyan Mokhtar, bapanya kini sedang terlantar sakit akibat COVID-19 dan berada dalam tahap lima.

Advertisement

Katanya lagi, bapanya itu sudahpun ditidurkan dan diberikan ubat tidur oleh petugas kesihatan.

“Doakan ayah saya kuat untuk lawan dan sembuh dari penyakit COVID-19 ini. Kini keadaan ayah kritikal dan ayah diberikan ubat tidur sebab COVID-19 ayah dah sampai stage 5.”

Perkara tersebut dikongsikan Abu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Dia dalam pada itu turut menulis permohonan maaf buat bapanya yang digelar sebagai Ayah Cian sambil berkongsikan foto keadaan orang tuanya itu yang terlantar sakit dan sedang dirawat di hospital.

Semoga bapa PU Abu terus kuat melawan penyakit ini. Syafakallah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    May 24, 2021 at 7:55 am

    Kahkahkah..ye, betul..cian tu die bahasakan diri die dgn ayh die..ape daaaa..cer baca elok2 dulu sblum tulis..lawak laaa

  2. Mende

    May 23, 2021 at 9:35 pm

    Cian tu kan dia bahasakan diri dia Sufyan dgn ayah dia..bknnya ayah dia digelar Ayah Cian. Tulis tu jgn main bedal je blh x?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top