Bapa Pertahan Nyanyian Nuha Bahrin, Anggap Kesilapan Perkara Biasa, – “Taklah Teruk Sangat, Netizan Pun Bukan Tahu Soal Muzik!”

Hiburan

Bapa Pertahan Nyanyian Nuha Bahrin, Anggap Kesilapan Perkara Biasa, – “Taklah Teruk Sangat, Netizan Pun Bukan Tahu Soal Muzik!”

Bapa kepada peserta program Vokal Mania iaitu Nuha Bahrin tampil mempertahankan kesilapan anaknya itu dan menganggap kesilapan cara nyanyian Nuha sebagai sebuah perkara biasa yang harus dialami seorang penyanyi.

Saiful Bahrin Abdul Ghafur,42, berkata bahawa anaknya itu telah mempersiapkan diri dengan sebarang bentuk kecaman dan enggan menjadikan kesilapan itu sebagai pematah semangat untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.

Advertisement

Menurut Saiful, melihatkan reaksi Nuha selepas persembahan pada malam itu, anaknya itu kelihatan lebih bersedia tambahan itu merupakan perkara yang perlu dilalui jika menyertai program realiti TV.

“Nuha nampak kuat dan tak patah semangat sebab ini memang minat dia. Saya ada baca komen di laman sosial tapi ramai saja yang sokong dia, yang like lebih banyak dari dislike. Yang komen buruk berapa peratus sahaja, sikit sangat! Apa pun kesilapan ini merupakan waktu untuk dia belajar perbaiki apa yang patut. Saya harap netizen maafkan dia sebab semua orang tak boleh lari dari kesilapan,”

Sabtu lalu, persembahan Nuha dikritik hebat oleh netizen kerana terdapat kesilapan dan warga net menganggap penyanyi baru itu terlalu ‘mencuba’ untuk menjadi unik sehingga memberi kesan terhadap kualiti nyanyian.

View this post on Instagram

The love and support they gave me are beyond compare ?

A post shared by Nuha Bahrin (@nuha_bahrin) on

Saiful yang ditemui media turut memberitahu bahawa pada malam itu, dia sekeluarga menonton persembahan itu menerusi kaca televisyen dan turut membaca komen netizen ketika persembahan. Namun, sebagai bapa dia tidak merasa kesilapan itu terlalu teruk dan menganggap netizen yang memberi kritikan melampau juga kurang pengetahuan dalam bidang muzik.

Pada malam itu, Nuha telah menyampaikan lagu bertajuk Kekasih Awal & Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah serta lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi dalam pusingan duet bersama Tomok.

Dalam saingan episod kedua pada malam itu, dia turut mendapat undian tertinggi serta telah memenangi anugerah ‘Rookie Star Award’.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...