Bapa Pelajar Ditampar Kerana ‘Cukur Kening’ Akan Saman Jika Anak Lumpuh

Trending

Bapa Pelajar Ditampar Kerana ‘Cukur Kening’ Akan Saman Jika Anak Lumpuh

Zulkifli Yunus, 58, bapa Nur Syahida, 15, pelajar tingkatan tiga sekolah menengah di Tanah Merah yang cedera di leher selepas ditampar tiga kali oleh seorang guru wanita memberitahu gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan anaknya sedang dirawat di hospital sememangnya gambar terbaru.

Itu memang gambar terbaru anak saya dirawat di hospital selepas ditampar guru yang mendakwanya mempunyai masalah disiplin.

kening2Viral di media sosial sejak beberapa hari lalu, mendakwa gambar berkenaan ialah gambar lama, ketika Nur Syahida dirawat kerana kecederaan selepas dia terjatuh di bilik air sebelum ini. Bagaimanapun, sepupu Nursyahida telah membuat satu penerangan beserta bukti bahawa gambar tersebut diambil pada 23 Julai 2016 dan keluarganya tidak mengada-adakan cerita mengenai kecederaan dialami anaknya akibat kejadian itu sehingga terpaksa dirawat di hospital.


Zulkifli juga menegaskan, jika anaknya tidak sembuh atau lumpuh, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, akibat ditampar, saraf di leher anaknya mengalami masalah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak Khamis lalu.

Anak sulung saya itu pernah terjatuh di bilik air November tahun lalu, menyebabkan lehernya cedera.

Selepas itu, doktor menasihatkan anak saya supaya tidak melakukan kerja berat termasuk bersukan kerana bimbang sarafnya bermasalah dan boleh menyebabkan lumpuh.

Saya maklumkan perkara itu kepada pihak sekolah, namun kejadian itu (ditampar) memberi kesan kepada leher anak.

Menurutnya, kejadian ditampar itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru mempunyai pilihan lain untuk mendidik dan menghukum, termasuk merotan dan tidak mencederakan pelajar.

sahh2.jpg_1469448581Nur Syahida yang dibenarkan keluar wad semalam, melahirkan rasa kesal dengan pelbagai fitnah yang diviralkan di media sosial.

Banyak fitnah dilemparkan, namun saya bersyukur kerana ada pihak membetulkan fitnah, termasuk yang mendakwa saya berpakaian ketat.

Hal sebenarnya saya ditampar kerana dikatakan mengandam kening walaupun kening saya itu, memang kening sebenar, dah macam itu rupanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Jaafar Ismail berkata, pihaknya sudah melawat mangsa di hospital dan melakukan perbincangan dengan keluarganya.

Ayah pelajar berkenaan bersepakat menyelesaikan masalah itu dengan baik demi kepentingan bersama.

Jabatan Pendidikan Negeri juga mengadakan taklimat kepada pengetua dan guru besar berhubung hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar.

Advertisement

Sementara itu, Kementerian Pendidikan akan menunggu laporan terperinci berhubung insiden seorang ustazah dikatakan menampar seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Gajah, Kelantan, Selasa lalu gara-gara mencukur kening.

Timbalan Menteri, Datuk P.Kamalanathan berkata pihaknya akan mengambil tindakan selepas menerima laporan berkenaan dalam masa terdekat.


Kredit: Harian Metro, Berita TV3

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...