Bapa Nekad Saman, Anak Hidap Penyakit Akibat Pencemaran Sungai Kim Kim

Kehidupan

Bapa Nekad Saman, Anak Hidap Penyakit Akibat Pencemaran Sungai Kim Kim

Pada bulan Mac lalu, kita semua digemparkan dengan bencana pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang telah menjejaskan kesihatan lebih dari 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah ditutup.

Namun sehingga kini penyelesaiaan kepada masalah tersebut masih belum ada kata putus dari pihak atasan.

Advertisement

Terkini, tular video seorang lelaki yang dikenali sebagai Idham Wazir mengamuk pada sesi Townhall Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin bersama pihak industri.

Dalam video tersebut, beliau kelihatan sangat marah dan juga kecewa dengan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab.

Dia akan mengambil UPSR tahun ini, tetapi dalam sebulan hanya 2 hari sahaja ke sekolah dan beliau adalah pelajar harapan.

Jika kamu semua tidak serius, apa akan jadi kepada anak anda. Ia, ini tidak melibatkan anak lelaki anda ataupun ahli keluarga.

Duit bukannya datang dari pocket anda. Duit pocket saya yang keluar pergi hantar hospital sampai KL. Jika perlu tutup kilang, tutup sahaja. Nyawa lagi penting!

Saya kecewa, Nato tidak mengambil tindakan dah 3 bulan kes ini. Ambiklah serius mengenai kes ini.

Menurut Buletin TTKM, Idham Wazir mengamuk kerana beliau merupakan bapa kepada adik Irfan Wafi,12 iaitu salah seorang mangsa pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim.

Idham berkata kepada TTKM, bahawa anaknya masih lagi mendapatkan rawatan di hospital. Beliau baru sahaja pulang dari hospital dan terus ke Townhall tersebut untuk meluahkan rasa kecewanya.

Dulu ketika kejadian (pencemaran sungai Kim Kim 3 bulan lalu) mereka hantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) , tetapi di sana tiada pakar. Pakar dia di pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kemudian, dari HKL, rawatannya sambung pula ke sini, setelah doktor memberikan nasihat, jadi berulang alik pula ke HSI.

Anak lelakinya kini menghidapi penyakit ‘Myo Kimia’ akibat pencemaran kimia Sungai Kim Kim.

Anak saya paling lama dimasukkan ke dalam wad, selama 10 hari. Kemudian sampai di Kuala Lumpur pun dalam laporan polis, dan jabatan semua ada dinyatakan di situ puncanya adalah pencemaran, apalah yang nak disangkal lagi.

Menurutnya isu pencemaran Sungai Kim Kim ini seakan dipandang ringan oleh pihak yang berwajib.

Idham memberitahu dia kini sedang menubuhkan sebuah persatuan yang mempunyai lebih kurang 80 orang ahli, mewakili ratusan mangsa yang masih menerima rawatan sehingga sekarang dan tidak diberi perhatian dan juga pembelaan.


Selepas selesai dengan urusan penubuhan dengan ROS, kami akan failkan saman di mahkamah.

Ramai yang hendak disaman. Kilang, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan pengairan dan Saliran, Majlis perbandaran pasir gudang. Perinciannya ada pada peguam saya di Kuala Lumpur.

Idham berkata tiada pembelaan dari pihak kerajaan untuk rawatan anaknya.

Mereka senyap. Saya sendiri keluarkan duit. Itulah yang saya geram tu. (Pada sesi town hall tersebut) kilang tu boleh kata tak nak keluarkan duit, menteri pula minta kilang beri cadangan. Dah terbalik pula tu. Tiada pembelaan.

Ini adalah Kronologi pencemaran kimia Sungai Kim Kim yang anda semua perlu ketahui:

7 Mac 2019

Seorang pelajar pengsan, lima muntah dipercayai terhidu gas kimia.
Terdapat kebocoran gas dan tumpuhan bahan kimia di kawasan Sungai Kim Kim.

8 Mac 2019
Penduduk dakwa Sungai Kim Kim sering dicemari.

9 Mac 2019
Mangsa gas sisa kimia meningkat kepada 79 orang.
Dua sekolah terjejas pencemaran gas kimia diarah tutup.
Polis cari dalang buang sisa kimia.

10 Mac 2019
Empat kakitangan Hospital Sultan Ismail (HSI) yang dimasukkan ke hospital semasa memberikan rawatan kepada mangsa dilaporkan stabil.

11 Mac 2019
Pelajar pengsan kurang lapan jam sekolah dibuka.
Tiga suspek ditahan disyaki membuang sisa kimia tersebut.
Kerja bersih bahan sisa kimia bermula.

12 Mac 2019
Jumlah mangsa pencemaran di Sungai Kim Kim meningkat 260 orang.
Sekolah Kebangsaan Puteri Resort diarah tutup.

Baru-baru ini pula, kejadian sama berulang berlaku iaitu kejadian pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor, dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa toksik yang ditanam di dalam tanah.

Jadi diharapkan kerajaan dan pihak berwajib, mengambil tindakan yang wajar agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Sumber: Buletin TTKM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...