Bapa Nekad Mahu Jual Buah Pinggang Untuk Tampung Keluarga Kerana Ketiadaan Wang Ketika Musim COVID-19

COVID-19

Bapa Nekad Mahu Jual Buah Pinggang Untuk Tampung Keluarga Kerana Ketiadaan Wang Ketika Musim COVID-19

Bermula dari Disember tahun lalu, wabak COVID-19 dilihat semakin memuncak di seluruh dunia telah memaksa pelbagai tindakan pantas diambil oleh setiap negara. Rata-rata mengumumkan sekatan pergerakan, kuarantin dan juga perintah berkurung untuk membendung penularan wabak ini.

Namun, ada kisah sedih disebalik arahan yang dikeluarkan setiap negara. Segelintir rakyat dalam negara diuji dengan kelaparan, kehilangan sumber pendapatan dan kesusahan menyara kehidupan seharian.

Advertisement

Tidak hairan sepanjang tempoh ini pelbagai berita tentang usaha masyarakat untuk mendapatkan sedikit wang pendapatan untuk menampung kehidupan. Biarpun dengan apa cara sekalipun, mereka yang berada dalam kesempitan hidup pasti akan berikhtiar untuk mencari sumber wang.

Duduk di tepi jalan jual buah pinggang

Ada juga yang sanggup berkorban diri dan nyawa asalkan dapat memberi makan keluarga di rumah. Media Indonesia mendedahkan seorang lelaki sanggup menjual buah pinggangnya di tepi jalan. Frans Larry Oktavianus, 43 tahun berjalan di sepanjang jalan raya sambil menggantung sepanduk untuk mengiklankan buah pinggangnya untuk dijual.

Sepanjang tempoh perintah berkurung yang dijalankan di Indonesia, Larry tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan kerana tidak boleh bekerja. Perkara ini disulitkan lagi dengan pembayaran hutang, bayaran sewa rumah dan pembelian keperluan makanan.

Jalan penyelesaian yang difikirkan Larry ketika itu memaksa dirinya menjual buah pinggangnya untuk mendapatkan wang dengan segera. Larry tidak mahu mendapatkan wang dengan hasil mengemis daripada orang ramai. Nota di sepanduk itu tertulis:

Berkat Dalem, saya minta maaf Frans Larry O ingin menjual buah pinggang saya untuk menyara keluarga saya, membayar hutang, pendidikan, kesihatan, tempat tinggal, makan supaya keluarga saya tidak dipandang rendah. Maaf saya tidak mahu mengemis.

Indonesia

Gambar hiasan

Isteri mohon hentikan jual buah pinggang

Dalam kenyataan laporan lain, isteri Larry meminta suaminya untuk menghentikan keputusan untuk menjual buah pinggang. Selain itu, isterinya meminta suaminya lekas pulang ke rumah untuk memikirkan jalan lain untuk mendapatkan wang. Ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi selain tindakan tersebut.

murid Indonesia

Gambar hiasan

Benar bahawa wabak COVID-19 bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan penduduk dunia. Malah wabak ini turut mengganggu kewangan negara ekoran daripada arahan kuarantin dan sektor perniagaan yang perlu dihentikan sementara.

Diharapkan wabak ini segera pulih seperti biasa agar semua rakyat mampu menjalani kehidupan seperti biasa.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...