Melalui laporan Harian Metro, seorang bapa nekad enggan mengikat jamin sebanyak RM1600 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret selepas anak lelakinya mengaku merogol kenalan perempuannya sebanyak 16 kali
Difahamkan, tindakan yang diambil oleh si bapa kerana mahu memberi pengajaran kepada anak lelakinya yang berusia 16 tahun itu.
Melalui laporan, anak lelakinya telah merogol seorang kenalan perempuan yang berusia 15 tahun di sebuah rumah antara jam 4 hingga 5.30 petang, 2 Jun lalu.
Kesalahan yang dilakukan memperuntuk penjara selama 20 tahun dan juga sebatan jika disabit kesalahan.
Laporan polis yang dibuat oleh si bapa mengatakan suspek yang bekerja di kedai makan didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ketika ibunya keluar bekerja.