Bapa Mertua Tikam Mata Menantu Kerana Salah Faham Panggilan Palsu

Trending

Bapa Mertua Tikam Mata Menantu Kerana Salah Faham Panggilan Palsu

Gambar ini menunjukkan kecederaan mengerikan seorang wanita Sikh selepas diserang oleh bapa mertuanya kerana lelaki itu fikir menantunya itu ada hubungan sulit dengan seorang lelaki Muslim.

Jageer Mirgind buta dan akan mengalami kesukaran sepanjang hidupnya apabila Manjit Mirgind, 51, mengelar pergelangan tangan dan menikam matanya sambil berkata, “aku akan bunuh kamu”.
article-2652927-1EA29D7F00000578-584_634x425
Anak-anak Jageer, tiga dan enam tahun menyaksikan serangan yang menakutkan itu di rumah ibu mereka di Kensington Gardens, Ilford, East London dan merayu datuk mereka untuk berhenti.

Advertisement

Ibu itu kini hanya dapat melihat sedikit manakala anak-anaknya tidak dapat tidur sendirian dan mengalami mimpi buruk berulang setiap malam.
article-2652927-1EA29D8300000578-48_634x768
Penyerangnya itu salah mempercayai bahawa menantunya ‘tidur dengan Paki’, dan ‘telah merosakkan keluarga, seperti yang diberitahu kepada mahkamah Snaresbrook Crown.

Apa yang tragik, Mirgind salah faham kerana menantunya ialah mangsa panggilan telefon palsu yang dibuat beberapa kali oleh individu tidak bertanggungjawab. Setelah menumbuk wajah menantunya, Manjit mengheretnya ke dapur sebelum menendang wanita itu dan mengambil pisau.

Dia kemudiannya keluar rumah dan kembali semula apabila isterinya memanggil ambulans untuk Jageer. Dia selepas itu menyerah diri kepada pihak polis dan memberitahu mereka apa yang terjadi.

Hakim Nigel Peters QC berkata:

Kamu menerima hakikat yang kamu telah menyebabkan kecederaan paling serius kepada menantu perempuan kamu.

Kamu mengamuk kerana kamu fikir dia ada hubungan sulit sedangkan dia sebenarnya telah menerima panggilan palsu.

Kamu bertindak dengan amarah dan dendam – kamu tumbuk dia, tolak dia ke lantai, tendang dia, letak pisau ke wajahnya kerana kamu mahu korek biji matanya.

Dia kini buta dan memiliki parut besar di wajahnya.

Dia gagap juga, berkemungkinan kerana hilang keyakinan diri dan kurang tidur serta kerja-kerja lain.

Sangat menekan perasaan kerana anak-anaknya, cucu kamu, menyaksikannya dari awal hingga akhir dan merayu kamu berhenti, tetapi kamu tidak berhenti.

Mirgind tunduk memandang lantai apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun 8 bulan. Hakim menyambung:-

Kehidupan mereka telah berubah. Anak-anak itu tidak lagi dapat tidur sendiri dan perkahwinan ibu bapanya telah musnah.

Jageer selepas itu telah berpindah ke Nottingham dengan dua anaknya.

Mahkamah turut diberitahu bahawa Mirgind ialah seorang pemimpin komuniti Sikh dan sering mendorong belia untuk datang ke kuil.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...